KL-Chennah-Lata Kijang

selepas tamat kisah annual dinner ayu ayu berselendang tokti bagai, jom kita ke kisah pengembaraan upin tak berapa ipin aku ke lata kijang plak.
macam hari tu aku kata, ramai nauu yg confuse lata kijang nie kat tapah.
yer yer kat tapah pun ada lata kijang.
tapi aku bukan pegi yang kat tapah yer. aku gi yang kat jelebu, negeri sembilan.

kul 8 pagi dah bersiap sedia berkumpul kat office.
5 minit lepas tu terus bertolak. ada 2 van semuanya.
perjalanan amik masa 2 jam gittew dari kl.
lalu kat tol cheras tu, masuk hulu langat sana.
pastu aku dah taktau, sebab dah membuta.
tau tau dah sampai kat kampung chennah.
kampung chenah nie jalan masuk ke lata kijang yer.


: : gemuknya! : :

tadaaaa dah sampai. oh 15 minit perjalanan terakhir tu, jalan pusing-pusing tau.
terus pening kepala haku. loya nak muntah segala.
sampai-sampai kat kampung chennah, terus muntah kooo..

uncle yang bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan kami di lata kijang, awal-awal sudah menyajikan durian untuk dilahap.
aku amik 3 ulas je. perut tak berapa sedap la. hu hu….
sementelaah semua dah kenyang makan durian, so skip breakfast.
terus bertolak masuk ke lata kijang.

aku terpisah dengan encik z. dia naik lori kecik.
aku plak naik 4WD sebab jalan masuk adalah berliku-liku berputar putar.
so dikhuatiri aku akan muntah lebih teruk. hu hu…
perjalanan mengambik masa 1 jam. lalu rumah orang asli, kebun getah dan semak samun hutan hutan.

selepas sejam melalui perjalanan onak dan penuh duri, alhamdulillah sampai lah ke tempat yang dihajati.
muka ada sinyummm jugak 🙂 🙂

bongkar barang-barang semua.
aku bawak beg pink tu jer, sebab beg deuter encik z bawak.
sumbat barang-barang aku jugak.
beg aku tu penuh makanan sajorkk..

mendengar penerangan ringkas dari apau.
ketua kumpulan kami.
oh yer, ini trip ke 5 aku bersama apau.. sukerrr.. 🙂

jom menapak ke tapak perkhemahan.
tak jauh pun. dalam 10 minit gitu jer.

teruja sangat sebab dah lama rasanya aku tak camping gini.
pulak tu kali nie encik suami ada sekali…..
to be continue… 🙂

6 thoughts on “KL-Chennah-Lata Kijang

  1. owh kami baru balik dari Kampar Sabtu lepas. Kat Perak nun adalah Lata KiNjang. he he he..

Comments are closed.