Ketakutan Menerima Surat

semalam saya terima sepucuk sampul surat.
hati adalah berdebar-debar berfikir surat apakah..
hati juga merasa tidak selesa kerana khuatir mendapat surat layang, surat ugut apatah lagi surat saman.

kerana sebelum ini saya pernah menerima surat amaran kerana parking kereta merata-rata. tapi kemudian bernafas lega kerana surat itu dari kekasih gelap saya yang bernama kumar kakarazo.

kemudian saya juga menerima surat-surat berunsurkan dakwah tentang pemakaian tudung dan soal jawab agama.
saya membaca penuh insaf tetapi saya tidak mahu komen di sini.

selepas saya mengoyak sampul surat itu dengan rakusnya, saya tersenyum dan merasa malu kepada diri sendiri lalu memandang keliling untuk memastikan tiada siapa yang melihat akan kegabraan saya yang tidak menentu itu.

sekeping sticker bertulis ai read… Redmummy.com terkandung di dalamnya.
baru teringat yang saya ada menyertai pertandingan meninggalkan komen di blog kakred lalu melayakkan diri mendapat sticker merah bertulisan putih ini.

jika sesiapa ternampak sebuah myvi hijau bernombor plat wilayah persekutuan, terdapat seorang wanita yang sedang menyanyi bersungguh-sungguh di dalamnya, dengan pelekat ai read… Redmummy.com ini, sila lah melambai-lambai. mungkin itu adalah saya. tapi mungkin juga itu bukan saya.

saya tak mahu kongsi gambar sticker itu di sini kerana saya tak mahu lah.
kalau nak tengok jugak, sila buat temujanji dengan kereta saya. :p

    6 thoughts on “Ketakutan Menerima Surat”

    Comments are closed.