Blog Maya Dot Com

Gilakan Teh Bunga Kekwa

alkisahnya kat tempat makan office aku nie, ada satu gerai yang jual memacam jenis air minuman.
ada asam boi campur apple la.. ribena longan la.. oren laici la..
dan satu lagi ialah teh bunga kekwa.
bukan teh bunga yang tin atau pun kotak tu tau.
nie betul-betul ada bijik-bijik bunga di dalam.

so kalau aku gi makan kat situ, memang aku up teh bunga nie.
tapi tiap kali minum pun, mesti segelas tak cukup.
so lunch tadi, aku sudah up satu jug. hohohoh…
tapi jangan salah paham yer. jug tu kecik sajorkk.. bukannya besar walaupun dalam gambar kelihatan besar. besar sikit je dari gelas biasa tu.

nie isi kandungan bijik bunga segala.
sori gambar tak memuaskan. snap guna handphone aku yang adoo tu jer.
syorgaaaa ohh minum tetengah panas..
gluppp glupppp bunyi nya….

khasiat teh bunga kekwa ialah bertindak menghapuskan bakteria dan memperkuatkan saluran kapilari, menyejukkan badan, sesuai diamalkan untuk mengubati demam dan meredakan masalah pening-pening. juga bisa mencerahkan mata.

jom ramai-ramai kita minum teh bunga kekwa yok…
eh, tapi kat mana nak dapatkan bunga kekwa nie ek?
maksudnya aku nak bancuh sendiri kat rumah…
helpp…

    16 thoughts on “Gilakan Teh Bunga Kekwa

    1. shahid

      kak maya..

      bukan bunga teh tu ada jual d K4?yg kat bahagian timbang -timbang tu..balik rebus jerla..huhu..sori ,kalo tersilap info..tapi sebuk gak nk tulis..hihi

      1. mya Post author

        yeke shahid? akak sik tauu maaa…
        ok nanti akak terjah carrefour carik. kalau takde, awassss kamu. he he..

      1. mya Post author

        tapi kena bagitau dia kurangkan ais tau. sbb kakya minum ais byk sgt.. jadi tawar skit

    2. shahid

      haha.. kak maya,kalo xder..akak dtg sini,sah alam..sy banjer teh bunga kaw dr pasar mlm..hehe..akak ni rupanya satu poli dgn ank buah sy..farhana..kenai?sy tgk d fb dia ada link..

      1. mya Post author

        halaaa jauhnya shah alam.. hu hu…

        kak farhana yang lawa tu? pasti la kenal uolls… kecik je dunia blog nie yer..
        pusing2 kenal2 jugak 🙂

    3. diyana

      hai kak. biasanya bunga kekwa kering ni jual kat (kedai ubat cina).pastu balik rumah bersihkan dengan air dulu pastu rebus ngan gula sikit.sedapnya bila diminum sejuk bila buka puasakan…

    4. madulebah

      kakak kami kat kampung bancuh sendiri air teh bunga tuh.. anak sedara kami suka banget.. beli kat kedai sensei lah.. confirm ada..