Convent Kota

lega rasanya bila yaya dah dapat tempat kat sekolah rendah.
tahun depan insyaAllah anak dara saya nie akan melangkah ke alam baru.
ke alam sekolah rendah.
dengan bantuan cikgu tadika nya di tadika anis tu, alhamdulillah akhirnya permohonan untuk masuk ke sekolah rendah convent kota taiping diterima.

lega sangat so lepas nie tak payah dah fikir-fikir mana la anak saya nie nak bersekolah tahun depan.

bagi yang baru baca blog saya nie, yaya nie anak saya dengan ex-husband saya dulu. bukan anak kandung encik z yer.
mak saya jaga yaya nie sejak dia lahir sampailah sekarang.
bila dia dah besar nie, tak sampai hati pulak saya nak amik dia duduk dengan saya kat kl. so takpelah, biar yaya stay dengan opah dia kat kl tu.

saya berulang alik KL-taiping sekurang-kurangnya 3 minggu atau sebulan sekali untuk jenguk dia. begitulah ceritanya… 🙂

4 thoughts on “Convent Kota

Comments are closed.