Bye Bye Lata Kijang Jelebu

ok ini adalah suasana di dalam khemah kami.
aku alas kain batik, encik z alas jeans dia. boleh?
tapi tatappp la rasa sakit-sakit badan. aterrr tidur atas simen semata kan..
tapi takpe oh, inilah masanya kita boleh rasakan macam mana orang susah yang tak mampu tidur atas tilam empuk bagai…
sedikit insaf di situ…

dalam khemah.
masa nie gelap gelita yang teramat amat okkk..
nampak cam cerah kan. nehi nehi… gelapp..
aku pun main agak-agak je snap gambar tu sebab nak share korang suasana dalam khemah. baik kan saya?

aku ada bagitau kan hari tu, kata kat sini takde tempat mandi yang proper.
cuma ada toilet je 2 ketul.
tau je la toilet dalam hutan kan… what do u xpax?
ada sekali tu aku nak kencing, baikkk punya nak cangkung, tiba-tiba nampak seekor katak elok je dia usha aku dari tepi pintu.
sambil dia kembang kempiskan pipi dia..
haisyoo… ko jangan gila-gila katak.
terus tukar toilet sebelah. huhuuu…

dan pagi pun menjelma. tiba-tiba…
bangun celik mata terus cari makan.
pagi nie simple je. makan roti prata dengan kari kentang ke sardin ntah.
tapi tatapp layannn….

motipp letak 2 kali gambar yang sama?
haaaa… aku nak suruh korang perhatikan bulatan bulatan keliling gambar nie..
ada orang kata kan, kalau kita bergambar, ada bubble bubble gitu, maknanya ada kehadiran ‘sesuatu’. sesuatu tu cam paranormal la..
ada makhluk lain. ye ke ek? betul ke?
aku cakap ngan encik z, dia kata haa ye la, percaya la sangat.
huhu hukss..


: : fin, mya, ida : :

lepas breakfast, bukak khemah and siap siap mau pulang oh…
masa nak panjat tangga ke atas tu, adoiiii punya la hazabbb…
sebelum pulang, harus pose pose maut dulu kat air terjun.
tapi tu entry lain nooo…

kemudian semua pun berpasrah menunggu lori dan MPV yang akan datang jemput kitorang pulang ke kampung chennah..

semasa sedang menanti, tiba-tiba ternampak ular kenit berkepala alien.
kagum kagum..

akhirnya kenderaan yang dinanti-nanti pun tiba.
dari jalan dalam tu, semua pakat-pakat kena sumbat naik lori je..
sebab MPV kenot masuk dalam.
masa nak gerak keluar tu, boleh plak terserempak dengan MPV yang dimaksudkan. apa lagi… terselit selit la jawabnya…
aterrr… jalan dalam hutan. sempit oh…

ok ok aku taktau itu kereta apa sebenarnya.
macam MPV tapi macam bukan, macam trak tapi macam bukan jugak.
tatawuuuu…

turunkan ali dulu kat rumah beliau.
ada durian banyak-banyak berlonggok.
apau tanya sebab ingatkan nak beli makan ramai-ramai.
tapi rupanya durian nie semua telah dibooking orang.. tsktsktsk..

ok teruskan perjalanan.
ek eh… itu macam trak yang dinaiki suamiku..

yer betul!!

selepas satu jam, sampailah kami di kampung chennah.
tukar naik van lalu terus bergerak meninggalkan lata kijang…

P/S : panjang gila kan entry nie. letih haku menaip… isk..

6 thoughts on “Bye Bye Lata Kijang Jelebu

  1. kak! uikss..rasanya kalau tak salah mata memandang & kalau tak silap jari mengklik2..cerita “hampir 9 jam suami ku hilang…” tu mcm ada to-be-continue…kan? tup2 dh kluar ni dr hutan ni…cane cito nih?

Comments are closed.