Bersahur & Berbuka di Hari Pertama Ramadhan

nasib baik saya sempat save gambar-gambar nie dalam draft.
bukan apa kawan-kawan, nie saya nak cerita.
semalam kan, masa tengah berbuka puasa nie…
menu : nasi, daging kari, sayur terung goreng, roti john.
tengah-tengah menyuap nie tiba-tiba tekak rasa meloya teramat.

saya terus ke sinki. saya muntah gila-gila. makanan yang baru saya makan ciput tu, terus terbelahak keluar. perut sakit gila okkk..

lepas tu saya dah tak lalu lagi nak habiskan nasi.
saya makan roti john 2 keping. lepas maghrib, saya terus baring atas katil.
kepala pening, rasa mual, perut memulas.
akhirnya saya tertidur terus sampai la ke pagi nie.
melepas la nak tengok drama si capik dengan desperate housewives. huhu…

ok berbalik pada entry ini.
saya tengok blog lain semua boleh kata hari-hari letak gambar makanan sahur, makanan berbuka. ermm… saya tak payah la kot nak letak hari-hari ek..
cukup la saya cuci mata kat blog awak semua.

tapi untuk cukupkan syarat, saya buat entry nie.
entry bersahur dan berbuka di hari pertama ramadhan.
tapi kalau saya berbuka dengan hidangan yang istimewa ke, berbuka kat luar ke, saya buat la entry jugak.
kalau takat kat rumah, takyah la kot.. 🙂

ok ini pertama kali saya dan encik z berbuka dan bersahur sebagai suami isteri.
so rutin saya pun sudah berubah lah.
3 tahun hidup sendiri dulu, ikut tekak saya jer nak makan ke, taknak ke.
ini dah bersuami, kena la behave kann..

hari pertama bersahur tu, saya cuma masak nasi.
goreng ikan bilis dan tumis sayur kangkung.

waktu berbuka pula saya jamah kuih muih di bawah sekeping tiap jenis.
up sikit dengan puding pemberian kaktin.

dan kemudian bubur lambuk yang saya beli di cafe office saya.
goreng ikan masin lalu tabur menabur di atas bubur lambuk itu.
alhamdulillah kenyang dan tak payah nak makan apa-apa lagi.

boleh kata dalam 7 hari kita berpuasa nie, saya memang makan dalam kuantiti yang sangat minima.
saya berazam untuk kurangkan berat badan sekurang-kurangnya 2kg.
doakan saya yer 🙂

6 thoughts on “Bersahur & Berbuka di Hari Pertama Ramadhan

  1. bile tgk ikan bilis goreng akak tuh. tetiba ptg nih jd teringin lak nk mkn gitu…haha 😛 goreng sekali ngan hirisan halia..nangis taw 🙂

    nak wat ah nnti ptg 😀

  2. sama la….nk turunkn kg buln pose ni
    tp kite up sikit dr akak
    4kg…boley?hehee

    kak,
    kalo kite ikan bilis tu hiris dengan bawang + cili merah + kicap
    conform 3 pinggan makan muahahaha

  3. wahh kuih gulung ijau..my feverett..lama dah tak buatt…weken leh cube..hari biasa tak sompek nk ngulungnya.. 😉

Comments are closed.