Blog Maya Dot Com

Bermekap-mekap dahulu, berdinner-dinner kemudian

ok aku tau aku hutang korang entry camping lata kijang tu kan..
tapi harap korang bawak bawak bersabar ek…
gambar semua aku dah download ke facebook sana.
tinggal lagi nanti nak copy image location ke sini jer..
gambar banyak dan cam biasa lah, aku buat part by part. entry by entry.
insyaAllah aku akan usahakan next week semua siap update..
aku cuba k….

nie aku nak up dulu entry dinner. boleh eh?
ok last sunday aku attend annual dinner office aku nie ha.
kat one world hotel sana.
so sebelum gi dinner, wajib lah nak kena bermekap-mekap segala.
aku la kata wajib. orang lain tak kata.

ok sebelum nie dinner aku mekap kat kaunter.
kali nie aku mintak khidmat faressa.
sapa yang dah baca blog aku nie lama, mungkin ingat lagi mekap aku masa wedding ernie kat putrajaya.
haaa faressa la yang mekapkan jugak 🙂

wajah sebelum mekap. natural beauty kata orang putih.
walaupun dengan kulit pucat kusam lesu.
tak masuk dengan jerawat / parut jerawat.
dan bawah mata lebam cam beruang panda.
rambut serabai seperti sundel bolong.
tapi tatappp nak jugak kata natural beauty. gagagagaga.

faressa sampai jasmine kul 4.35 petang.
terus siap-siap mekap. buat rambut segala.
simple je mekap aku hari tu. sesuai dengan imej muslimah lite-lite yang aku bawak pada hari itu. ngehhh…


: : ini ialah faressa. sori yang curi gambar tanpa kebenaran : :

siap mekap kul 6 petang. gitu gini, kul 6.45 petang baru gerak dari jasmine.
lalu DUKE. sib baik jalan tak jem..
kul 7.30 gitu dah selamat sampai kat one world hotel.

ok nantikan entry seterusnya.
aku buat ermmm… lebih dari 4 part. sebab gambar banyak.
being me yang kalau boleh semua gambar nak kasik sumbat.

so entry esok semua pun pasal dinner sahaja…
harap korang tak boring la yer.
sebarang komen dan kritikan adalah dialu-alukan… 🙂

    2 thoughts on “Bermekap-mekap dahulu, berdinner-dinner kemudian