Berbuka Puasa di Sime Darby Convention Centre

kelmarin aku berbuka puasa kat sime darby convention centre.
kat bukit kiara sana.
vendor sgti yang invite. actually invite budak-budak operations.
tapi tak sorang pun yang nak gi, so dipanjang-panjangkan invitation tu.
udahnya aku ngan mira je pergi berdua.

first time nie aku berbuka puasa kat luar sepanjang dah 16 hari kita berpuasa.
eh second time kot. sekali masa kat sri malaysia taiping tu.
tapi tu tak kira la kot. nie yang kat KL la.
gila kentang oh kami laki bini berbuka kat rumah jer..
menjimat maaa… zaman kemelesetan. sob sob….


: : mira & me. baru sampai kat SDCC : :


: : mira & me. sudah berada di meja makan. magis bukan? : :

dipendekkan cerita. waktu berbuka puasa pun tiba.
bismillah….
seperti biasa, aku memang tak sentuh nasi pun.
memula aku makan buah & kuih muih.
pastu gi solat dulu. haaa ada cerita sikit pasal surau sdcc nie.
sat gi aku cerita.

lepas solat aku sambung makan lauk pauk. ada kurma ayam, rendang daging.  aku campur sekali dengan salad.
pastu amik 2 ekor burung puyuh.  uishhh terbaikk dowww… setappp gilaa….
amik seketul otak-otak.  dan disudahi dengan ABC yang wallaaaa…
pilihan makanan sangat banyak tapi aku tak dapat nak makan semua. kerana perut sudah mengetat.

ada satay, aiskrim goreng, ikan bakar, kuih muih kek pelbagai.
kira bab makanan memang puas hati.  memang direcommend la kat korang nak pegi.

tapi aku tatau berapa RM eh satu kepala.  kata orang belanja kan.  takkan nak tanya-tanya plak. kang tak pasal-pasal dia suruh  bayar, menggelupur plak.

abang puyuh sedang menyediakan hidangan burung puyuh.
tabik spring kat ko bang. memang begini! (angkat ibu jari sambil goyang ke kiri dan ke kanan)

juga ada persembahan nyanyian dondang sayang.
pepandai la aku dondang sayang walaupun diorang dok nyanyi lagu cari jodoh wali band. layannnn… yang penting ada hiburan gitu..

sampai kul 9 malam jugak la aku dengan mira melepak.
dan kemudian, masa untuk mengucapkan terima kasih dan selamat tinggal.
bersama encik badrol dan team sgti.
tq guys!! next year jemputlah lagi :p

oh pasal surau tu kan.. aku rasa itu bukan surau sebenar.
aku rasa surau sementara sempena bulan ramadhan je tu.
dalam tu memang la besar.. luas.. aircond.. selesa..
tapi masak elahnya sehelai telekung pun takde.
ok la fine itu bukan surau sebenar, tapi apa lah salahnya letak sehelai telekung pun jadi la…
aku plak boleh masa tu terlupa nak amik tudung dari dalam kereta.
nak patah balik, agak kejauhan dan kemalasan nak menapak.

so pikir dalam hati, mesti ada telekung dalam surau.
biasa pun memang cenggitu kan. even surau kat petronas pun ada telekung.
ini SDCC?
last-last take turn dengan mira. sib baik dia bawak telekung.
tapi telekung dia kecik. sebab dia pun kecik orangnya.
kepala aku nie besar nauu.. kena gak pinjam anak tudung dia.
tq mira… 🙂

haaa lagi satu tempat wuduk pun jauh dari surau..
dan tempat wuduknya pun cam dibuat sementara.
ala-ala cam kat tempat construction gitu. ermmm…
itu je la luahan hati aku.
dan moral of the story, normaya sila ingat untuk bawa telekung ke mana-mana.
okeyy???

aku akhiri entry nie dengan hiasan di syiling yang aku beri nama si payung emas.
lawa kan?

14 thoughts on “Berbuka Puasa di Sime Darby Convention Centre

  1. wahh bestnyer org banje….skang ni g mne2 aku kne bwk telekung…dh pnah kne benti kt hentian2 n stesen mnyk tp telekung die kotor yg hamat…x yakin nk pki tuk solat…huuuuuuu

  2. oh hari pertama puasa saya dah pi sime darby ni. tapi makan kat halia restaurant. ok nice. harga pun murah. mungkin sebab saya amik yg early bird kot. rm45 nett. tatawla sekarang harga dia berapa. anyway selalu baca blog u. baru harini nak komen.

    • aah.. makanan dia kira byk choice la.. no komplen..
      tq enciksepul sbb sudi baca blog saya 🙂

  3. ye puan normaya, sila lah bawa telekung sendiri ke mana saja pergi.. hik hik hik.. udah henbeg godang tu, isi je lah kan :p

  4. saya pon jenis mcm kak mya…tak bwk telekung..lepas nie kena bwk telekung jugak lah kemana-mana kan..kesan daripada pengalamn akak..huhu

  5. aku haram tak tau sgti ni company ape… tu pasal maleh nak pegi… hhehe… minggu depan ni ada lagi 2 invitation… segan plak nak rejek.. tiap2 thn aku tak gi… hehee… aku kan pemalu… wakakakkaa……

    • aku lg la taktau company apa weyyy… kejung je aku dgn mira taktau nk borak apa…
      ala ko nie.. lg 2 invitation tu ko gi je la… mkn free maaa… sapa nk bg hehe

  6. Surau kat first floor tu ada telekong. Dekat outside area. and wuduk area pun dlm surau tu jugak. I think maya u pergi surau yang tingkat bawah kot ni.

Comments are closed.