Berbuka Puasa di Hotel Seri Malaysia Taiping

masih kisah di taiping tanah tumpah darahku.
hari ahad, abang long ajak semua semua yer i mean semua yang ada di rumah puan normah untuk buka puasa di hotel seri malaysia.
baru saya nak bukak wallet mengirai duit, tak semena-mena abang long bersuara ‘biar abang long yang belanja’ sambil tepuk dada.
ok tepuk dada saya pandai-pandai tambah.

baru saya teringat, semua bank komersial dapat kenaikan gaji, arrears, backdated dan hapa hapa lagi ntah. wah.. loaded la abang long saya he he.


: : pink is the new black : :

sepatutnya gambar ini adalah gambar seorang opah bersama dua orang cucu tetapi telah bertukar menjadi gambar seorang opah bersama dua cucu dan seorang anak yang ber peace.

ok begini lebih molek. nenek, ibu ibu dan cucu cucu.

kami mahukan kedamaian. kami tidak mahukan pergaduhan.
apatah lagi cercaan. apatah lagi mengungkit kisah silam.

yer kakak saya bernama zuraihan.
saya bernama normaya. dan adik saya bernama mahathir.
tiga suku kata. dan semua nama adalah takde kena mengena.
saya teringat mama saya pernah bercerita.
kalau anak sulung lelaki, akan diberi nama zulhelmy. tetapi yang keluar perempuan, jadi lah zuraihan.
jika anak kedua adalah lelaki, akan diberi nama noramin.
tapi yang keluar ialah saya, jadi normaya.
nasib baik nama saya bukan noramin.*phewww
dan anak ketiga jika perempuan, akan diberi nama mazuin.
tapi yang lahir lelaki, jadilah mahathir.

zuraihan diberi kerana adalah nama bekas teman wanita arwah ayah saya.
sungguh sporting mama saya bukan?


: : nur shazleen & zuraihan : :


: : mahathir & khiruizam : :

yer abang long saya bernama khiruizam.
sila jangan betulkan pc anda.

mula-mula saya makan ini.
kurma, buah-buahan dan kuih kuihan.
kemudian saya makan bubur lambuk joget lambak bersama lauk paukan dan ulam ulaman.
percayalah saya tidak menyentuh nasi langsung.

selepas solat maghrib, saya sambung makan ini.
yer ia adalah sejenis mee bandung.
eh bukan sejenis. tapi memang mee bandung. heh.

dan sebagai penutup, saya makan ini.
bukan yang sebelah kiri yer. itu anak saya.
saya makan sama seperti mana yang dia makan.
ABC wallahhhh…

diakhiri dengan pemandangan sekitar tempat makan kami.
dihias jula juli bintang tiga.

kepada warga taiping, kalau berminat untuk cuba buffet ini, boleh la ke hotel seri malaysia taiping yer. dewasa RM27 nett sahaja.
berbaloi baloi…

6 thoughts on “Berbuka Puasa di Hotel Seri Malaysia Taiping

  1. saat paling seronok dan membahagiakan..bila bulan puasa berbuka dan makan dipagi raya bersama semua ahli keluarga..nikmat betull rasanya..ada terbit perasan ketika itu..tak dapat digambarkan 😉

Comments are closed.