………………………..

sejak akhir-akhir nie, aku banyak sangat fikir.
tak tau la kenapa. fikir pasal macam-macam.
tak payah la tulis kat sini. kang tak pasal-pasal korang kena fikir jugak macam aku.

lepas tu emosi aku pun tak berapa nak stabil.
kadang-kadang rasa happy, kadang-kadang rasa sedih sangat-sangat.
pendek katanya memang agak bercelaru lah. ermm..

tapi ramai readers pun tak suka nak baca blog yang sedih-sedih ye tak.
teringat jugak dulu pihak lawan kata aku nie pelakon hebat sebab berdrama air mata bagai. so sejak itu, aku cuba untuk tidak menulis entry yang sedih pedih.
sedih pedih semua aku simpan dalam hati.

aku dalam keadaan tersepit dan terdesak dan keliru sekarang nie.
banyak benda yang aku kena buat pertimbangan.
cuba belajar untuk menerima dan memaafkan jugak. haihhh tapi ntahlah.

akaun dot com aku nie tamat hujung bulan nie.
taktau la nak renew ke tak. tengok keadaan la kot.
kalau tiba-tiba korang klik blog nie dah padam, maknanya takdak la tu.

petang nie insyaAllah aku balik taiping dengan adil.
doakan perjalanan aku baik-baik saja ya…

selamat berbuka puasa anak-anak…..

6 thoughts on “………………………..

  1. alar kalau akak tak de lagi, tak syiok lar kak.. =( tapi mesti akak renew kan =) saya taw =)

    semoga akak selamat sampai =)

Comments are closed.