Tembakan Mengena!

jumaat lepas ada function kat office aku nie ha.
function bertajuk i-Acted, Values In Motionand 2010 FIFA World Cup.
tak yah la aku nak explain yo yo. bukan korang kisah pun kan..

so lepas office, terus zass ke lanai together-gether dengan kaktin.
lalu bertukar pakaian.
register, dapat kupon. dapat goodie bag dan kemudian memula menyusun strategi.
game mana yang kitorang nak masuk.

ada 6 games semuanya.
game pertama ialah dam ular. ceh pepandai je bagai nama dam ular.
ntah la apa namanya.
tapi kitorang tak main pun game nie.
sebab susah. ada soalan pasal piala dunia segala. koserr..

yang kedua ialah jenga.  haaa yang nie kitorang main.
together dengan hanni.
alaa korang tau kan game nie. yang susun-susun bongkah kayu tu.

lawan 2 team. memula o som o som, pastu sapa kalau kena alihkan more bongkah. tukar-tukar giliran la antara hanni, kaktin dan aku.
parkinson kooooo….
dan last-last bongkah kayu kami rebah. sekian.

yang ketiga dart tembak. dart tembak kata ko normaya.
ntahlah tak tau namanya. encik z jaga seksyen nie.
haaa aku main ke tak game dart tembak ini? sila sambung pembacaan sampai tamat entry nie k.
alaa takyah la memalu.
aku tau ko mesti akan terus terus menerus nya melekat baca blog aku nie.
ini je la cara ko nak lepaskan rindu dendam kat aku kan…

eh eh.. tetiba kami dah bertukar kan…
dalam goodie bag tu ada tshirt. dan peserta semua digalakkan untuk pakai tshirt nie. ada ke memula kaktin taknak tukar.
pastu dah kena tazkirah dengan aku dan yiet, baru la dia nak tukar.
kan molek je tu kak…

yiet jadi urusetia. so agak membz di hari kejadian.
kaktin dan aku menempek kejap dengan dia kat meja pendaftaran.


: : lu sepak gua. gua sepak lu. berani? : :

with ieka dan shah. diorang jadi pengacara majlis masa game-game tu semua.
eh kira dipanggil pengacara majlis ke?
alaaa kira diorang ikut lah bila orang-orang main game apa semua.
nanti siap usik-usik ejek ejek gitu.

nie game pertama kitorang main. dart tembak tadi tu.
walaupun encik z jaga game nie, tapi kitorang tak main tipu tau.
aku kena tutup mata, pastu kaktin diri luar garisan.
nanti kaktin bagi arahan, depan ke, belakang ke..
satu grup dapat 6 peluru.
so aku kena tembak sekurang-kurangnya 3 peluru bagi melekat kat dinding tu.

and guess what, aku berjaya tembak 3 peluru berturut-turut oiiii…
dan yang menariknya, kitorang satu-satunya grup yang dapat tembak 3 peluru tu berturut-turut. wawa wiwi. girl power!!!
so dont mess with me haa… kalau ada pihak lawan kat situ, harus aku tembak sesekor. muekekekkee…

dan hadiah kemenangan adalah bekas air warna merah ini.
best best..

game kedua kitorang main ialah game bawah nie.
kena kepit bola antara 2 punggung. pastu bawak jalan dan pusing.
sapa sampai dulu dia menang. aku dengan kaktin kalah. huhu..
tapi tak kisah, dah menang yang first tu udah cukup deh…

so dari 6 games yang ado, kami cuma main 3 games saja.
and we have so much fun 😉

12 thoughts on “Tembakan Mengena!

  1. gentar aku ngk gelang ika, emas betul ke? mami jarum sangat. Eh aku tak main satu game pon, sbb aku rasa smua game adalah susah, bley?! haha yang duk menembak tu aku dah test brapa puluh kali dah satu pon tak lekat, tu test bukak mata, kalau tutup tak tau la apa jadik. Cuba la buat game main congkak ke, galah panjang ke insyaallah aku akan berjaya mengaut hadiah yang ditawarkan kuikuikui

  2. bestnyer kak mya… sila jeles utk diri sndiri, hahahahaha…. jgn harap la klu cam gini kt opis den.. dalam kepala dorang, keje.. keje.. keje… stress, miahahahaha

Comments are closed.