Sebelum Meninggalkan Pulau Ketam

dimulakan dengan gambar baju bersidaian di ampaian secara tidak senonotnya.
heee… memang hotel yang kitorang stay nie ada sikit seram-seram gitu.
tapi nak elaborate pun cam tak molek. so takyah.

dari sangkar ikan segala tu, kami balik bilik.
mandi manda bersiap-siap terus untuk check out.
ngam ngam soii la pukul 12 tengah hari siap.
sebab katanya kena check out on time. sebab lepas tu ada orang lain plak nak masuk.
lepas pulangkan kunci, kitorang melepak kat balkoni jap.
mau makan lorrr…

itu tiga jejaka makan mee cawan.
tapi aku makan salad yang dibawa khas dari kuala lumpur.
setappp oh salad nie. letak lak thousand island.
kenyang dan amat sesuai untuk aku yang sedang berdiet.

haaa tshirt merah nie kan.. aku beli masa on the way balik dari sangkar ikan.
terus tak menyabar nak pakai jugak-jugak. tehtehteh…
nampak aku cam sama tinggi kan dengan encik z.
usah dipercaya deh. ilusi optik je tuh.

sebenarnya aku diri atas kayu daaa…

kat kedai uncle nie la aku beli itu dua tshirt merah.
singgah lagi sebab ini kali mau borong makanan plak.
sotong semua jenis aku kaup.

pastu singgah kat kedai depan plak.
beli ole-ole untuk insan tersayang. cewahh..

untuk menghilangkan dahaga sebentar, kami lepak kat restoran cina nie.
jangan salah anggap yer. kami tak makan langsung-langsung pun.
kami cuma duduk untuk minum air seperti di bawah.
passiont mango nama diberi.

kalau ko tak makan mango, boleh try flavour lain.
ada coconut mango, strawberry melon, honey dew, lemon, chocolate dan yam.
cuma berharga RM3.50 sahaja. dan setapp.. ada manis manisnya.. (tak sudah-sudah aku dengan iklan diamond shiela majid ekkekeke)


: : sedang menikmati hidangan dikongsi bersama : :


: : apa aje la yang aku tak puas hati dengan encik z tu : :


: : tapi encik z tatapp dengan wajah selenga nya : :

kat tepi restoran nie ada la dilonggok segala jenis makanan laut segar.
ada ikan, ketam, kerang segala.
kira kau pilih apa nak makan, lalu jerit tokeyyy masak gini gitu..
dia pun masak kan lah.
ala.. macam kat bagan lalang, muara semua tu la…

tapi sayangnya kedai cina kan uolls.
harus lah kami taknak memperjudikan nasib dengan memakan di sini.
sob sob sob….

8 thoughts on “Sebelum Meninggalkan Pulau Ketam

    • dia ala2 aiskrim gak.. tapi cam bukan aiskrim..
      tp nak kata ABC pun bukan… eh ntah.. huhu

  1. terbayang keazaban mencari makanan disana, pasnih kalau ada terniat mau pi sana, harus bawak berbakul bakul makanan sendiri supaya tiada sesalan dalam diri kan uolls

    • kena bawak peralatan memasak.
      beli seafood kat kedai cina tu,pastu kita masak sendiri

Comments are closed.