Se Lunch Bersama Kawan Konsisten

khamis lepas lunch dengan nida & kaktin kat lanai sana.
beberapa kali jugak la dok set nak jumpa nida, tapi asyik la tak ketemu.
aterrr memasing membz dengan kerja kan..

so pegi.
bertukar-tukar album gambar kahwin.
sebab aku tak penah tengok album gambar kahwin dia.
dia pun apatah lagi, harus tak penah jugak.

kaktin pun selit sama tengok gambar kahwin aku.
walaupun dah penah tengok sebelum nie kan..
dah alang-alang ada katanya, so zasss je lah..

aku tak abis lagi update pasal hal kahwin aku kan..
nikah hari tu pun tergantung je. adehhh…
nanti la, akan aku habiskan jugak. walaupun ko nak kata dah basi ke hapa..
janji aku update untuk kenang-kenangan diri sendiri gitew..

yang meriahnya di lanai.
drinks yang pelbagai kaler. mine was summer sunrise. yummy..

ada promosi orange teriyaki chicken.
ayam selambak ko…
katanya kalau taknak perisa oren tu, leh tukar ke sos black pepper.
ala, kalau tukar dah lain la jadinya ye dok… dah tak asli.
rasa? so so la…

pastu aku up bubur hitam yang dikomersialkan dengan seketul aiskrim di atas.
tapi kat sini diberi nama hitam manis.
sebut hitam manis terus teringat encik z.
hitam itu pasti. tapi manis? awwww… manis la kat mata aku.. hikss..

but hitam manis nie mengecewakan la uolls.
tak setapp.. nasib baik RM2 je.. so kita lupakan….

nida tengah pregnant sekarang. ermm… 6 bulan kan puanmadu?
comel je perut dia. aterrr.. orang kecik cenonit, harus la perut pun membolat dengan comelnya…
tak sabar la nak tunggu hangpa bersalin… heee…
buat masa sekarang, kita bagi laluan pada ernie zuraida dulu… 😀

demikian kisah lunch saya bersama kawan-kawan yang saya sayangi…
semoga mereka juga menyayangi saya… muahs..

12 thoughts on “Se Lunch Bersama Kawan Konsisten

  1. eh eh sudah update? ha ha ha berjanguit lah nak tunggu kami nya entry kannnn..

    eerrr gambar last tuh kenapa kami ngan kak tin cam merendah diri je :p

  2. Hai Mya,

    Janji nampak aje makanan rasa cam sedap memanjang tapi of courselah, rasanya tak tahu lagi. Nak tanya sikit, Lanai ni kat mana?

Comments are closed.