Saya Memang Tak Suka Budak Jahat

3 peristiwa hampir sama.
3 lokasi berbeza.
1 sebab. jengkel.

kat tesco. tengah beratur kaunter pembayaran.
ada satu family kat depan aku tengah beratur jugak la of coz.
pastu anak dia. sekitar umur 4-5 tahun gitu.
dok memanjat-manjat troli. ok fine la kalau troli yang dipanjat tu troli mak bapak diorang yang punya.

tapi malangnya, troli yang dia dok panjat-panjat tu, troli aku.
yang penuh dengan barang-barang.
panjat, jatuh. panjat, jatuh. panjat, jatuh.
yang best nya, mak dia cuma cakap ‘ashraf, jangan panjat nak’
dengan suara paling halus lemah lembut gemalai.

tapi ada budak yang bernama ashraf tu kisah.
takde. lagi galak dia panjat. panjat yang ala berpaut tu.
aku diam lagi. perati je.
sampai la troli tu hampir-hampir nak terbalik.
dia pulak dah duduk terkangkang kat lantai.

aku dah nak bukak mulut aku yang puaka nie nak membagi.
tapi encik z dah cecepat pegang bahu aku, usap-usap.
‘sabar normaya, sabar….’
(*&^%$$^&*&&**

kat jusco.
2 orang budak. sorang laki. sorang perempuan.
dok main tolak-tolak troli kat ladies department.
kira tolak dari hujung ke hujung. (sila bayangkan sendiri)

aku masa tu tengah belek baju.
dalam hati aku dah terdetik. kalau kena troli nie kat aku, siap la korang.
dan yang best nya, kakak-kakak diorang, (sebab tak nampak orang tua) boleh buat donno jer. lagi siap ketawa-ketawa.
kakak = lingkungan 20an. yang pasti sudah boleh pikir secara waras kan.
motip nak main tolak troli laju-laju kat shopping mall?

tengah dok sibuk diorang tolak, troli tu tersenget.
kena la kat aku yang tengah membelek baju tu.
aku tahan troli tu gaya ala-ala superman tahan bangunan nak runtuh.
aku pegang. lama aku tenung je diorang berdua.
pastu semua-semua blah gitu jer. dasarrrrrr….

kat dalam lif.
naik la satu keluarga. mak nya dukung baby.
lagi sorang anak kecik lelaki dalam 4-5 tahun gak.
apaknya dok ralit belek handphone.

boleh yang budak lelaki tu lompat-lompat dalam lif.
wtf???? mak nya ada la bersuara ‘jangan lompat. jangan lompat’
lagi menjadi-jadi budak tu lompat.
kalau ko tak menyirap darah nak lempang budak tu?

hello… ini dalam lif okk…
yang mak apaknya pun, tak boleh pikir ke????
memang la resmi budak-budak menakal, tapi ini bukan kategori nakal dah.
ini kategori nak kena lempang!!!

ikut napsu bisikan setan nie, memang nak je aku lempang.
tapi kang mana tau tetiba ter deal plak dengan mak bapak yang tak boleh terima kejahatan anak.
diamik pisau ditikamnya plak aku kat situ.
aku ni sah-sah la meninggal kalau dah kena tikam.
so apa plak nasib mak budak tu?
tak masuk penjara, hukum mati terus kan..
sian budak-budak tu tak ber mak, atau lebih malang lagi ber mak tiri pulak.

end up, aku senyap je la. encik z cam biasa dah pegang aku.
sib baik dapat suami penyabar. kalau dapat suami sama kepala angin, pitam dicop laki bini kaki gaduh. heh.

so moral of the story. aku memang tak suka budak nakal.
apatah lagi budak jahat.
aku suka budak-budak yang behave dan comel-comel sahaja.

sekian entry emosi di tengah hari.

14 thoughts on “Saya Memang Tak Suka Budak Jahat

  1. hahaha..same la kite kak..sy lagi teruk..kalo da mmg bengang gileee sy jegil je mate kat budak camtu..bia mak dorg nmpak..hehe..penah skali tu tgk wayang cite shrek..byg kan sy je couple dewase mase tu..yg lain sume family plus anak2..dah la duk tgh2 kononnye nk nmpak screen sume..mmg x expect lgsung ramai yg tgk cuz cam da ujung2 tayangn..sekali amek kau..depan blkang kiri kanan sume budak2..da la xreti duk diam..duk tendang2 kusi blakang la..duk bising2..main nyorok2..bgun duduk bgun duduk..ikut kan ati mmg nk maki je..nasib baik bf ckp..sabar..budak2 kan..terpakse la menahan hati yg sakit smpi penghujung cerita..bayangkan lahh…tensennnn..hehe

    • haaa akak penah sekali gak jegil. dia jelir lidah kat akak tau.. eieieiiei menyakitkan ati betul

  2. mcm broken family lak..mak bapak buat donno anak nak wat apa..susah kalau budak x reti diajar atau ditegur ni…Lisa memang hangin la kalau jumpa situasi mcm ni..nak lak Lisa mmg panas hati cepat…

    • tak perlu pun nk pukul budak tu depan orang. cuma tegur la secara berhemah.
      akak pun jenis panas hati cepat lisa huhu

  3. akak..sama lar kita..
    rasa nk mrah jer…nasib anak orang..
    kt rumah sewa saya nie, ramai betul budak nakal2..kadang2 dia nmpk kereta saya nak keluar dari rumah, slumber je lalu belakang..nak 3 kali dah saya nak terlanggar taw..ada jgk yang main baling2 pasir kt kete..adoiii…tension…!

  4. lempang je lenkali kak. dah mak bapak dia tak nak lempang. saya ni walaupun takde anak, tapi anak buah saya pun saya lempang je kalau jahat sangat. hahaha!

    • itu la mcm akak tulis. ikut hati nak je lempang.
      tapi yer laaa.. kalau dapat mak apak yang obses emosi pasal anak.. yang anak dia je betul. anak orang lain salah.. cena?
      mau adegan tarik rambut tudung bagai kan..

  5. I mmg la tak suka budak2 yg tak reti bahsa ni. Lagi tak suka kalau makbapak budak pun tak reti bahsa sama! Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi, ya tak?

    • esok besar bila orang kata ‘mak bapak ko tak ajar ke?’ haaa jangan masa tu baru nak sentap kannnn

Comments are closed.