Memori Corner. Bukan Memori Daun Pisang

bertemu lagi kita di dalam rancangan jalan-jalan cari pasal bersama adik beradik tetiri yang sengal lagi porque..
dan kali ini kita ke tempat makan yang baru yang belum pernah dilawati oleh mana-mana adik beradik tetiri.
kedai makan ini diberi nama memori corner.
bukan memori daun pisang. mau pun memori kau dan aku.

lokasi restoran terletak di the mall sana.
tingkat atas sekali. bak kata dikyan, bukan atas bumbung.
apatah lagi atas pokok. tapi di tingkat teratas.

sebagai blogger tegar angin pus pus, harus aku dah snap semua gambar semua makanan yang ada.
alih-alih bila nengok blog dikyan, semua gambar makanan dia dah susun merapi.
so apa laga, aku cilok je la terus.
tq dikyan.. susah-susah je compile gambar nie semua untuk kakya.. hiksss…

kaktin mengenyang. so dia cuma order appetizer saja.
2 jenis berunsur otak-otak. dan rojak buah.

yiet order mee kari kot tak silap. dikyan order nasi ayam apa ke namanya yeop ntah. dan aku makan assam laksa.
kebetulan masa tu tekak cam rasa loya loya so wajib makan benda memasam.

tapi boleh plak aku order 3 layer tea. penuh susu segala. cena?
pastu mula la rasa uwek uwekkk.. iskk…
yiet & dikyan order hot chocolate. alih alih datang kecik je gelasnya.
mula la memasing meroyan tak cukup la hapa la.
lenkali order satu jug terus uolls… heh.

tak silap aku restoran memori corner nie ada kat area taman melati sana.
ermmm.. takde la taman melati sangat.
tapi tepi highway tu la.. dedekat sebaris dengan petronas & mcdonalds.
aku ingat sebab dulu masa treasure hunt ada soalan pasal restoran nie gak.
soalan bergambar. tetiba teringat kenangan treasure hunt. huahuahua…

ok kalau korang berminat nak gi yang kat the mall, dipersilakan..
food food semua ala-ala kopitiam lain gak.. harga pun berbaloi.. gitu..
diakhiri dengan gambar kaktin yang sedang melahap.
kaktin, sila jangan saman haku. haku kemiskinan tegar nak bayar duit lawyer.

12 thoughts on “Memori Corner. Bukan Memori Daun Pisang

  1. ahahaha… Kak tin kenapekah? hehehe wahhh best2 kat sini… tp ala2 suram suane kedai tu… igt jgn pndg belakang…

Comments are closed.