Memang Z kekasih saya. Saya mengaku kerana sekarang kami sah bercinta. Dulu, saya tak mengaku kerana belum ada kata putus

amacam… ada rasa nak termuntah tak baca tajuk entry nie?
berangan jadi fasha sandha kejap kan… tehtehteh…

alaaa biaq pi la fasha sandha nak keluar statement apa pun.
bukan dia kacau kita pun ye dak..
lagi pula kita pun tak tau kisah sebenar A-Z apa yang berlaku.
dan yang penting, ada kena mengena dengan kita ke..
wah tetiba aku membacking fasha sandha kan.. motippp??

takde la takde takde. tak backing sesapa pun.
ok back to normaya’s story.

gambar-gambar nie semua disnap masa kat sangkar ikan pulau ketam.
aku dengan encik z dah kebetulan ada kat atas tongkang tu.
yiet kat bawah. tak semena-mena dia snap.
so kasik zasss je lah.
yang kelakarnya, ada sorang tourist cina pun siap snap sekali.
titanic katanya. titanic la sangat kann… ekekkee…


: : buruk gila rambut aku masa nie. seumpama ulat bulu memakai rambut palsu : :

walaupun encik z tak buat surprise menaiki helikopter datang ke pulau ketam, walaupun encik z tak hadiahkan cincin berlian…..
tapi ini adalah jauh lebih baik.
dari dia dera aku duduk rumah menyapu lantai dan mengemop rumah tiap-tiap hari….

cinta tidak mengenal transport <<– kata payiet.
dan kata aku, cinta apabila kita dapat meluahkan segalanya. tanpa perlu menjerut rasa dan memendam perasaan.
cewahhhh madah-madah ko…
tapi aku memang bermadah punya orang lorrrr..
sesekali laa… tapi mungkin lepas nie akan seselalu… :p

selamat hari jumaat pinky semua! 🙂

8 thoughts on “Memang Z kekasih saya. Saya mengaku kerana sekarang kami sah bercinta. Dulu, saya tak mengaku kerana belum ada kata putus

Comments are closed.