Memakan Siput Balitong

hari khamis lepas cam tetiba teringat-ingat plak siput sedut kat uptown nun.
balik pun dah lambat. lepas maghrib baru balik.
terus la suarakan niat nak makan siput sedut kat encik z.
seperti kebiasaan, dia ok je. so ke damansara lah kami.

nie kali kedua aku datang sini. dulu aku penah blog kan jugak.
tapi tak koserr nak korek entry lama. hehe.
kedai bertajuk avalala. letak hujung belah kiri kalau ko diri mengadap uptown tuh.
pepandai ko la carik ek…

aku mintak lychee shake. di bagi lychee biasa. citt..
malas nak bebising, minum je lah.
sini takde wifi yer anak-anak.
aku bawak myvo dan broadband.
nampak tak broadband aku bapak besar dok kelip-kelip tu.
bila la encik z nak beli usb yang kecik ek..
malu tau every time nak online kena bawak keluar yang besar nie. sedih.

aku order nasi goreng ikan masin.
encik z makan nasi goreng ikan bilis.
walaupun kedua rupa parasnya sama je kan.
layann…

dan inilah dia yang kuidamkan.
siput balitong masak cili kering. uissshh setapnya.
cukup rasa. slurpppp slurppp aku nyotnyot.
encik z bukan makan sangat pun. rasa dia makan suku je kot.
lain semua aku bedall daaa…

hajat di hati nak belajar masak siput sedut dah lama.
tapi tu lah.. ntah bila ntah. kesian kan aku. tak tau masak. sedih.

12 thoughts on “Memakan Siput Balitong

  1. dap nyaaa nampak siput tu..tapi akak kureng sikit bab2 seafood ni…

    broadband tu bagi akak ok jer…janji adooo layansss

    • ko kureng sikit tp kalau ada ko bedal gak kan.. ekekeke..

      yer yer.. janji ado. zasss

  2. Nak masak siput sedut tu tak susah kak.. masak lemak cili api pon boleh.. sonang yoo!!
    Tapi nak membuang ujung montot siput tu yg merana sket.. lambatttt!!! Kalo tak buang ujung montot nyer.. lagu mana nak sedutt… muahahahha!!

  3. huii..ini kesukaan Lisa adik beradik ni…mmg x pernah lepas la kalau pi pasar mesti cari..biasanya kitorang mmg beli dalam 3-4 kg..belasah makan ramai2 and paling best masak lomak cili api..buat pedas2..pas tu merasa mcm bibir anita sarawak..hahahaha

Comments are closed.