Konsert DIR… Suara 1Malaysia Koir Kebangsaan

kita mulakan entry ini dengan wajah suami porque ku bernama encik Z bukan nama sebenar.
tengok muka pun porque je kan.. cam kena paksa je. walaupun memang paksa… tehtehteh…

dan kemudian diikuti oleh wajah bini nya yang porque lite-lite.
aku pakai Cropped Shoulder Puff Drape Cardigan. yang dibeli DISINI.

ikutkan nak pakai dengan belt besar kaler coklat.
tapi cari punya cari tak jumpa plak. mana la aku campak gamaknya.
but aku saspek encik z dah sorokkan la. tak pun dia buang.
sebab dia bukan suka aku pakai belt-belt besar gini. huhu..
takpe, pasrah.
oleh sebab aku tak suka kain cardigan tu terbang-terbang bak superman, so aku lekatkan guna brooch je. so simple.

kitorang ke mana plak nie yo yo o bersiap?
kami ke konsert DIR.. suara 1Malaysia koir kebangsaan di KL live hall, life centre sana.

sesi penyerahan tiket dan wang perlindungan. heee…
aku gi sini sebab ernie ajak. hanif, adik fad adalah salah seorang dari ahlil majlis koir kebangsaan nie.
so harus bagi sokongan.
ernie dah belikan tiket lu. tu aku terus amik kat dia masa hari kejadian.
walaupun kita nie berkawan baik, sama sepakat.. bab-bab duit sila jangan pandang enteng yer anak-anak.
hutang tatappp hutang no matter what. so pls?


: : stage : :


: : encik z yang sengal, aku yang la la la la dan ernie yang ceria : :


: : macam tepung gomak. sila salahkan pancaran flash kamera : :


: : sementara menanti konsert bermula, kita baca dulu tentang konsert DIR ini : :

konsert koir kebangsaan DIR.. suara 1malaysia nie diadakan sempena dengan kuala lumpur muzik festival.
siapa yang berjiwa seni dan pencinta kebudayaan mesti tau pasal KL muzik festival nie kan..
melainkan ko jenis katak bawah tempurung, atau jenis tak amik pot hal-hal duniawi ni, memang ko taktau la.
tapi takpe kalau tak tau pun. tak dosa pun. 😀

koir kebangsaan nie adalah koir bertaraf nasional dengan anggota seramai 80 orang. nama pun koir kebangsaan, harus suara semua mmmalatopp kababoom.
stok-stok suara yang guna teknik betul untuk nyanyi,
ada soprano, tenor, alto dan bass.
bukan suara kepit mau pun suara berangan yer.

memula aku dok bayangkan koir jenis diri tegak pakai kot nyanyi tak gerak-gerak.
tapi ini koir moden u. pakai tshirt je.
pastu siap ada joget-joget dan ada props sekalik.
ada basikal, ada payung, ada bunga.
dan paling best ada toyol u. of coz toyol tipu-tipu.
gila ko toyol betul. mau semua mencicit lari..

dan udah nama pun konsert DIR, so lagu-lagu yang dinyanyikan semua lagu dari Allahyarham Sudirman Haji Arshad.
oh, Allahyarham Sudirman dah dapat pangkat Dato’ yer bagi sapa-sapa yang taktau.
diorang nyanyi 22 buah lagu gabungan.
ada lagu hujan, pelangi petang, punch card, toyol, terasing dan banyak lagi lah.
tapi lagu yang paling aku suka one thousand million smiles. best!

keseluruhan persembahan koir kebangsaan selama 1 jam setengah nie adalah 5 bintang. best dan tak rasa rugi mau pun bosan langsung.
kudos to koir kebangsaan! 🙂
guru vokal untuk koir kebangsaan nie adalah syafinaz selamat 🙂


: : syafinaz kanan sekali : :


: : senget dah cardigan mak : :


: : mya, nurin, ernie : :


: : mya, hanif, ernie, fad, nurin, MIL ernie : :

sebelum balik, sempat aku beli CD kompilasi lagu-lagu allahyarham sudirman.
ada 40 buah lagu semua cuma RM25 jer. berbaloi-baloi.

apa yang buat aku nak beli sangat sebab ada lagu maya dalam tu.
i bet u guys mesti tak ramai yang tau lagu nie kan?
aku ingat lagi masa tu aku kecik sangat.. dalam 6 atau 7 tahun kot.
arwah abah ada kaset sudirman lagu nie.
aku dok putar putar lagi abang halim. sampai rosak kaset tu. heee…

tiadaku duga bertemu lagi
sekian lama menghilang diri
aku terbayang kenangan datang
waktu kecil dulu

ku pimpin tanganmu di hujan lebat
berlari riang di tengah padang
ku tarik rambutmu kau marah padaku
manisnya waktu itu

maya tak pernah kulupa padamu
kau comel kau nakal temanku (tiba-tiba teringat ayat ‘comel comel puaka’)
selalu kita bersama

sayangku maya
kini kau telah dewasa
gadis jelita sungguh manja (well… i memang jelita. manja sesikit la. gedik yang banyak)
ku terkenang semula…

maya masihkah  ingat ku lagi
adakah tercapai sudah hasratmu di hati
sayangku maya
terangkan padaku sayang
masihkah dikau gemarkan suara dan nyanyianku

kalau nak download, KLIK SINI.

sekampung-kampung nama aku, ada gak orang buat lagu kan…
nama ko yang konon-konon bandar sangat tu, adoooo?????

12 thoughts on “Konsert DIR… Suara 1Malaysia Koir Kebangsaan

  1. Bestnya dapat tengok koir….. aku memang minat Sudirman… owh.. aku juga ada CD itu… Abg mie belikan masa baru-baru kahwin dulu… tapi aku yang suh dia beli… sebab ada lagu Maya jugak…dan… lagu favourite saya…”Bila Wajahmu Aku Bayangkan”…owh… saya jeles sama kamu….

    • akak takut ketat je dni. maklum la menggemuk.
      tapi fit just nice.. so adalah sukerrr… 🙂

    • sama-sama fattah. u mesti salah seorang dari yang terlibat dengan konsert dir nie eh..
      thumbs up to u guys! 🙂

  2. sumpah tatau katne life centre ni T_____T
    eh nama sy pon ade grup buat lagu tauu.. lagu nasyid la tapi.. x glemer lak tu huhuhuhuuu T____T

    • ala life centre ni kt jln sultan ismail nun la masy..

      eh ada ek lagu masyitah.. uuuu best best..

  3. aku nampak hutangg!1

    ha ko lom bayo utang akak

    13 dulang kan?
    kannnnnnnnnnnnnnn??

    muahahahahhahhahahahah

    matiklah ko normaya zamrud!

  4. tq coz memeriahkan konsert nih…. aku pun bg tumbs up utk sumer ahli koir nih…. bagus.. walaupun sound kureng memuaskan… 🙂

Comments are closed.