Katanya Dalam 7 Hari, Boleh Kurang 1/2 Inci

hari tu jenjalan kat jusco, nampak benda alah di bawah ini.
terus ko aku terpedaya lalu terpengaruh lalu terbeli.
katanya 7 hari boleh kurang 1/2 inci kan..

produk bertajuk bio essence.
oleh sebab harganya cuma RM12.90 trial pack so aku kasik up la satu.
balik tu gigih la sental sapu 3 jenis losyen nih.

tapi tu la silapnya aku tak ukur dulu diameter perut dengan paha aku.
yer harus tempat yang bermasalah adalah perut dan paha.
dah excited nau nak guna, terus lupa nak ukur.
so aku sik tau la ada kurang 1/2 inci ke tak.

2 losyen untuk kurangkan inci. dan satu losyen untuk kurangkan selulit.
aku guna 8 hari berturut-turut. sehari sekali.

yang bestnya kan, aku sapu pagi. so bila tengah hari aku lunch, dia akan ‘panas’ kat area yang aku sapu tu. panas yang nyit nyit nyit gitu.
aku saspek, bila kita dah makan tu, kira losyen nie membakar lemak-lemak la kot.
gamaknya laaa…

lepas 8 hari guna, aku cuba la pakai seluar-seluar yang dah ketat.
nak kata perbezaan banyak tu idok ler, tapi boleh rasa gak la.
tengok la kalau bajet mengijinkan, aku nak beli losyen yang betul-betul punya, bukan trial pack. mana tau kalau guna berterusan selama lapanploh hari, bebetul leh kurangkan inci dan selulit. kan..

belum cuba belum tau.. betul nggak?

12 thoughts on “Katanya Dalam 7 Hari, Boleh Kurang 1/2 Inci

Comments are closed.