Good Bye My Friends

bertemu dan berpisah adat manusia biasa…
hilang di mata tapi di hati tidak lupa…

betullah kan… bertemu dan berpisah adat lah dalam dunia nie.
tinggal lagi cara kita bertemu dan berpisah ada cerita tersendiri..

kali nie masa untuk aku berpisah dengan 3 orang sahabat sekaligus.
yang pertama, netty.
2 kek perpisahan dari beliau.

netty nak pergi further study. sambung buat master.
kat australia sana. queensland. 2 tahun.
harap-harap sempat la aku kumpul duit 2 tahun nie.
boleh pergi gold coast sana. heee berangan berangan..

netty aku kenal masa jadi committe untuk annual dinner.
lepas tu main bridge sama-sama. dan kemudian tersatu department plak.
geng tengok movie.
ralat sikit sebab tak sempat nak vacation dengan dia & kak mai.
dok plan-plan, tapi tak kesampaian… 🙁

bye-bye nett……. ada rezeki panjang umur, kita jumpa lagi..
selamat belajar… 🙂


: : mya, remember, naza, netty, kak ada : :


: : amirah, syira, mya, remember, netty, kak ada, naza, sham : :

oh di hari perpisahan aku makan banyak gila okk..
breakfast pagi aku layan nasi dagang.
pastu tengah hari diorang pack nasi plus memacam lauk.
aku numpang sudu mee sup kaktin lagik.
dengan kek,sagu gula melaka dan puding roti nikolas bagi.
gila banyak sehhh…

sahabat kedua yang akan berpisah dengan aku ialah rezal.
takde la berpisah sangat. tapi berpisah jugak la.
dia naik pangkat. lalu bertukar department luar dari bangunan tempat kerja sekarang. kira susah dah la nak bersua muka, bertegur sapa.

rezal of coz aku kenal masa memula masuk kerja.
satu department. walaupun dia ni kekadang sengal, tapi dia adalah baik jugak.
dan paling penting, dia baca blog ini :p

so beb, selamat jalan.. selamat meneruskan perjuangan di tempat baru.
and tahniah kerana naik pangkat ya 🙂


: : gambar bertiga untuk mengelakkan unsur-unsur petnah. tq hasinah : :

dan yang ketiga ialah encik SY.
tapi di hari perpisahan tu tak sempat pulak aku nak jumpa dia say bye bye.
beliau amik pencen awal.
seorang manager yang baikkkk sangat.
cakap lembut je dan tak pernah marah-marah.
aku selalu parking tempat dia bila dia cuti.
so sekarang nan hadoo parking lagik. sob sob…

selamat bersara encik SY. all the best to u….


“Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang……….

10 thoughts on “Good Bye My Friends

Comments are closed.