Gara-Gara Saga

hari tu kan.. aku dengan encik z semangat waja la nak masuk contest sagasnapnwin.
kata encik z ada proton saga kan. atau lebih dikenali sebagai saga sampan dikalangan pemilik-pemilik kereta saga. cehh pepandai je aku..
tapi yer lor.. aku panggil saga sampan.

punya lah hazabb nak masuk contest nie.
amik gambar seminggu sebelum tarikh tutup.
sebab nak tunggu adil datang kl dulu. sekarang adil pinjam saga sampan encik z ni sementara tunggu kereta dia keluar namun tak keluar-keluar jugak.

so balik dari desawaterpark hari tu, gigih la kami laki bini nak snap gambar encik z dan saga. dah la baru balik mandi manda.
dengan keadaan panas nya. dengan kulit muka dah start menggelupas.
boleh membuatkan sesiapa pun bertukar menjadi naga.

dah la taktau nak buat konsep gimana.
bergambar atas kereta ke, bawah kereta ke.
mood sedih ke, mood gembira ke.
so kekdahnya snap je la sesedap tekak.

1. mood melambai

2. mood gembira


3.  mood sedih

mood sedih paling tak boleh bla kan… ekkekeke…
dah la kena tulis caption bagai.
aku pun dah tak ingat kitorang letak caption apa.

gambar aku nie lepas dah siap snap semua gambar encik z dan saga sampannya.
aku pun tak perasan dia snap.
sebab tu nampak natural kot.
muka orang susah hati @ bermasalah kan?

ye lor.. ada ke manusia dalam muka bumi nie yang takde masalah?
semua pun ada kan… cuma masalah tu berbeza-beza dari segi keperibadian, kerjaya dan kekeluargaan.
tapi sebab masalah yang datang tu la mematangkan kita semua.. ye dok?

berbalik pada contest nie, malam sebelum tarikh tutup tu baru la kelam kabut aku submit. dah la connection broadband laju sikit je dari pergerakan siput.
contest tutup pukul 12 tengah malam.
pukul 11.35 malam camtu baru sukses submit segala.
tapi malangnya, top 25 pun tak lepas. kesian.

so kita simpan gambar-gambar nie buat kenangan je la eh encik z?

8 thoughts on “Gara-Gara Saga

    • akak memang rupa gini masy. suara dan muka cam nak nangis.
      walhal, naga jugak duduk dalam tehehehe

    • hai farah..
      itulah.. up to 25k kan.. tp malang takde rezeki sy suami isteri :p

Comments are closed.