Durian Durian

last 2 weeks aku gi pavilion sana.
bapak lama tak gi situ. eleh tapi macam la banyak kali nau pegi pun.
tak silap aku baru 3 kali. tapi pegi pun bukan meronda.
2 kali gi makan. sekali gi event nuffnang.
kata pavilion tempat orang ada ada kan. so apalah motip aku nak ke sana.

ok berbalik pada cerita last 2 weeks.
ke sana sebab mau ke butik charles & keith. kena pegi jugak-jugak.
tidak boleh tidak-tidak.
dah desperado mau cari kasut dan spek.

tapi unfortunately, kasut yang aku berkenan saiz nan adoo.
dan spek yang diidamkan pun sik ada di sini. sedih 🙁
lalu membawa kesedihan itu ke food republic.
makan laksa thailand yang so so dan kemudian membeli pancake durian di gerai durian durian.

haisyooo bapak panjangnya intro walhal nak cerita pasal pancake durian je pun.
tehehhehe…

ok stall durian durian nie of coz letaknya dalam compound food republic jugak.
so takde la susah nauu pun ko nak cari.
kalau dah cari-cari tak jumpa gak, ko mintak je la bantuan pengawal keselamatan kat situ. kalau dia pun taktau, ko suh je la dia resign.

aku beli 2pcs. bersamaan RM5.00.
satu aku, satu encik z punya lorrr…

kat luar panas, tapi duriannya sejuk.
sebab salut luar tu dia baru goreng kan.
manakala isi durian tu dikeluarkan dari fridge lorr..

setappp uiii… suker je aku ngap ngapp.
tapi kalau sapa yang tak suka durian tu, takdapek la nak nolong kan.
hilang satu nikmat dunia. sian.

selain pancake, ada jugak kek durian, durian macaroons, aiskrim durian, durian cream puffs, durian swiss roll pendek katanya semua yang berunsurkan durian lah.
tapi aku tak rasa dorang jual sebijik durian bersama durinya kot.

so kepada peminat tegar durian, boleh la cuba makan di gerai durian durian ini yer. selamat berdurian! 😀

8 thoughts on “Durian Durian

  1. walaupun saya tak makan durian, tp saya tak rasa kesian pun.. hik hik hik.. :p

    eh tak try cari kat charles & Keith Mid Valley kah??

    • laa yeke awk tak mkn durian? taktau plak sy. mcm mana sy nie. kata kwn konsisten. heee…

      dah cari dah kat C & K midvalley. dh beli pun! hihi

Comments are closed.