Dinner @ Splendid Cafe

setiap kali lepas office je mesti adalah pening taktau nak makan apa.
aku masak sekarang weekend jer sebab malam kami laki bini memang dah tak makan nasi. jadi nak masak lauk pauk saja adalah malas.

last week kami ke splendid cafe.
hari tu ada beli kek kat sana masa birthday dan anniversary kaklong.
tapi tak pegi yang kat au2. pegi kat carrefour wangsa maju saja.

encik z had milo dinasour. hee taktau la nama betul apa.
tapi biasa air milo tabur gini orang panggil milo dinasour kan.
ntah apa kena mengena dengan dinasour ntah.
air favourite dinasour gamaknya.

aku penah gak try buat kat rumah, tapi macam tak menjadi je.
bila minum terus tersedak-sedak. jari kayu uolls. buat apa jarang nauu menjadi.

aku minum air masak dicampur sehiris lemon.
uiii sangat bagus untuk yang berdiet. bukankah air masak adalah penting untuk mengdetokskan segala kotoran di dalam badan?
dalam badan je la. tapi kalau kotor dalam hati, tak dapekk nak nolonggg…

encik z makan burger daging. sokayy la rasa burger.
takde la rasa tayar. ek eh…
aku sudu sesikit. takleh sudu bebanyak sebab cheese melimpah ko..

alaaa tak ingat dah apa nama hidangan nie.
tapi isi nya adalah sphagetti bersama daging.
kira ala-ala mee daging la kot. tapi tukar kepada sphagetti gitu.
setappp…

splendid cafe ni terkenal jugak dengan kek-kek mereka.
dulu masa birthday tu, aku amik seduction chocolate.
kali nie tukar amik kek lain. tapi ya hamponn lupa nama kek nya.
ada cheese kat tetengah. sedappp oiiii….
eh, bukan ko tengah diet ke normaya? la la la la…

encik z kata buruk nauu aku buat rupa paras gini.
alaa sesekali kena la jugak post gambar buruk-buruk kan.
takde la nanti orang kata dok asyik letak gambar control cun bagai.
tak berani letak gambar warok-warok..
tapi ironinya, ada ke pun orang nak tengok muka orang lain warok-warok ye dok…

letak gambar memolek, kata kontrol cun.
letak gambar beburuk, kena keji. cena uolls…

korang try la makan kat splendid cafe nie.
yang aku tau ada kat jusco au2 dengan carrefour wangsa maju je lah.
tempat lain aku tak pasti.
selamat menjamu selera! 🙂

16 thoughts on “Dinner @ Splendid Cafe

  1. la la la ntah yo yo ooo je nak diet :p.. kalo diet harus makan daging putih je babe.. daging merah tolak tepi.. Daging merah akan mengambil masa 3 hari untuk dihadamkan.. kih kih kih..

  2. kek ditgh2nya ada cheese?

    itu namanya

    kek ada cheese ditengahnya laa

    huhuh.. kat situ ada jual yong tau fu?

    heh!

  3. dpt tgk jer lah akk,
    nak mkn semua tue,
    dah x bole kena pantang,
    huk huk huk….

    sedey…

    suka tgk pic akk yg jeler tue,
    ciut okeh!!!

    • pantang lagi penting tau wanie!!
      makanan nie semua later2 bila dah sihat leh makan k..

Comments are closed.