Di Celah Celah….

weekend hari tu agak gigih la aku kemas rumah.
bilik tetamu tu habis aku geledah.
segala macam mak nenek kertas, sepit rambut, ubat gigi semua ada.
tinggal lagi gajah tak sempat beranak je dalam tu.

end up 4 karung plastik sampah penuh dengan sampah sarap.
tapi sampah sarap more to kertas la yer.

dalam dok godek memacam tu, aku jumpa satu paper bag.
paper bag hadiah orang bagi. elok aku nak campak, tetiba terasa ada 2 ketul benda dalam paper bag tu.
ada lipstick dengan perfume cenonit u.
sib baik tak aku campak buang.

jenuh aku nak recall siapa yang bagi, tapi tak dapek-dapek jugak.
so kalau ada si pemberi lipstick dengan perfume yang baca coretan aku ini, sila tampil ke hadapan untuk membantu siasatan yerh…

selain lipstick dan perfume, aku jumpa jugak angpau ada RM100 dalam tu.
tapi yang nie aku tau boss besar department lama aku yang bagi sebab tertera nama beliau kat angpau itu.

penulis memakai lipstick 301 crystal baby dari estee lauder.
suka bangat kaler dia. very the natural gitu.

dan di hari kejadian memakai juga perfume miracle lancome itu.
bau dia wangi kooooo… first time bau terus aku jatuh chentaaaa…

ita, bau aku yang hari tu la.. lancome miracle.
memula masa ko tanya tu, ingatkan ko tak suka bau dia.. kot wangi terlampau ke.
tapi wangi kannnn??? heeee…
terpaksa la masukkan perfume nie dalam senarai list barangan hari raya yang harus dibeli. nyehh..

usai mengemas bilik tamu, aku kemas plak masterbedroom.
ko tau apa aku jumpa? duit cash RM800 dalam angpau terletak elok dalam drawer.
tu semua duit raya tahun lepas yang konon-konon nak bagi kat orang la tu.
RM800 ko. berbaloi baloiiiiiii….

jom aku belanja korang murtabak mengkasar. mau?

30 thoughts on “Di Celah Celah….

  1. heheh..rezeki2…tu la org tua2 kata…ringan tulang murah rezeki…terbukti la kat ko maya..hehe..

    miracle lancome memang best..aku punya top 3 fav.

  2. lancome miracle is my fav perfume..best..slalu tukar2 pun,last2 mesti blik kat miracle jugak..somemore its pink..;)

  3. itu tandanya ‘hadiah’ ngemas umah..kalau tak ngemas idak ler dapat doyan runtuh tengah2 bulan kan..hehehee 😉
    rezeki terlebeh harus dipanjang2kan..*tetibe 😉

  4. jeles.. jeles..

    aritu kemas umah damansara 5 hari 5 malam sebab nak kasik orang sewa, syiling je banyak jumpa. duit kertas, nan hado. sob.. sob..

    lenkali akak nak kemas umah, panggil erni ek. erni sanggup membantu dengan rela hati. erni tak nak apa². nak duit rm800 tu je. boleh? ngeee..

    • he he.. ye la, lenkali akak panggil korang ramai2 tolong kemas umah.
      sapa jumpa duit, dia punya. hikss

  5. ni yg buat aku tetiba rasa rajin nak kemas rumah weekend ni… mana tau terjumpa brg berharga kan… hahaha

  6. laaa.. tu kan aku yg minta ko simpan kan hari tu. lupa ke?

    yg minyak wangi tu ko ambik la.. yang seratus tu pulang la balik..

    kekekeke

Comments are closed.