CT-ONE FORZE CAFE

semalam tengah hari aku nonton jalan-jalan cari makan.
pastu ada satu restoran serina pegi. namanya ct-one forze cafe.
tengok-tengok alamat, ek eh dekat je dengan jasmine.
so terus membuat proposal pada encik z.
dia setuju lalu habis je jalan-jalan cari makan nie, terus zass ke sinun.

kedai dia agak tersorok ke belakang.
nak explain pun cam payah. ko tengok je la alamat nun.
pastu on kan gps yo.

a military concept cafe katanya.
siap siapa yang kerja askar. ke askar pencen ntah.
leh dapat diskaun lagi.
oh owner restoran nie adalah mejar bersara oh.

pelayan restoran pakai baju askar celoreng.
alas meja pun celoreng. pastu ada majalah askar.
dan statistik pasal askar segala lah.

haaa ni lah bukti nya serina dan krew jalan-jalan cari makan sudah sampai sini.

ok jom kita mulakan sesi makan-makan.
memula sampai dan duduk, kami dihidangkan dengan ini.
kacang apa ek namanya ni. kacang hijau? errr ye kot.
dan teh cina.

kemudian order yang pertama.
harus la air minuman. aku minum vanilla coco smith.
sebenarnya tengok gambar cam tak menahan.
tu yang terus order. slurpp slurppp setapp..
encik z minum nescafe o suam sajorkk sebab dia sakit tekak.
masa nie dia cam dah seram sejuk. cam nak demam je laki mak tu. huhu..

ini nasi.
cehh macam la ko tak tau rupa paras nasi cemana kan..
encik z lorr makan nasi. aku nggak.

kami order udang masak black pepper.
cam lain dari yang lain kan udang masak black pepper.
cam jarang dengar laa..

ini namanya ayam kombat.
jangan memain ko. ayam pun berjiwa perwira okk..
dah la kaler hijau. lagi la melambangkan askar gitu.

aku makan bubur nasi. konon diet.
walhal sama je nasi jugak kan..
eh ke lain ek.. kalau kita makan nasi biasa dengan bubur nasi.
adakah memberikan apa-apa perbedaan?

bubur nasi dimakan dengan keropok, telur asin dan cili padi.
phewww… terangkat doww…

dan semua makanan adalah setappp..
aku tak rasa sebab aku lapar ke hapa.
sebab kadang-kadang even kita lapar pun, tapi kalau food tu tak sedap, tatapp tak sedap kann…
ni kira melepasi tahap piawaian tembolok aku laaa..

ah, bil boleh dibayar menggunakan touch n go.
dan total makan cuma RM25 je. bukankah berbaloi baloi?

sebelum balik sempat pose kat trak askar nie.
eh trak ke? kereta kot… kira keseluruhan konsep tempat nie memang berunsurkan askar la.

so korang yang kerja askar, bekas askar dan yang bercita-cita nak jadi askar tapi tak kesampaian atau sesiapa je lah..
marilah try makan di CT-ONE FORZE CAFE ini. 🙂

10 thoughts on “CT-ONE FORZE CAFE

  1. konsep nurse? haruslah bersimbahan darah atas lantai restoran.. scaryyyyyy

    *telan air lior jelah tgk pic mknan ni sume huuh*

  2. apak mertua kami askar pencen, adakah boleh diambil kira diskaun makanan ke atas kami?? hik hik hik

Comments are closed.