dari maybank treats fair, terus zasss ke C & K.
selepas misi menggagal kat pavilion hari tu, harus misi diteruskan kat midvalley plak.
C & K ada sale yer sekarang cik-cik dan puan-puan.
up to 50% u. memang berbaloi baloi wa cakap lu.
aku ada berkenan dengan satu heel ni. tapi boleh pulak saiz paling kecik 41.
41 bersamaan dengan saiz 10 uolls.
sentap la mak kat situ.
walaupun mak bersaiz kaki anak gajah, tapi agak-agak la.
takkan nak pakai saiz 10.
bila tanya kat budak salesgirl tu, katanya ‘yang kita display tu saiz paling kecik kak’
haisyooo..
so nengok-nengok yang lain. ada aku berkenan jugak.
tapi yang display tu last piece. take it or leave it. heh.
kalau ikut encik z dia tak kasik, tapi aku nakkk nakkk jugakkkkk…
begik!! <<– kata encik z.
begik? apakah?
pastu belek tempat spek. ada yang aku berkenan.
yeay! so kasik angkat. so satu kasut dan satu spek.
ahh kasut tu lepas sale tinggal RM90 je. tak ke murah?
murah kan??? sila kata murah. haipp..

: : wajah happy selepas menyopping : :
kasut C & K pertama ku.
ye la, korang dah selalu kan beli barang-barang kat C & K ni.
mak pertama kali okehh. tu yang menjakun menciwi sikit. kasik can laaa…
aku try je spek ni tapi tak beli yang ni.
aku beli design lain. nanti lah bila dah pakai, aku ciwi ciwi lagik
sapa peminat barangan C & K, boleh la terjah ke mana-mana butik C & K ni yer.
leh shopping kasut dan handbag raya







saya minat C&K tapi sekarang saya tadak mood mau soping untuk diri sendiri
lepas bersalin la sambung balik aktiviti menshopping utk diri sendiri
cun abiss kasut ngan spec tu! I loikke!
heee.. tq neena
me pon tak penah beli barang C&K lg. Selalu pon masuk jer butik dia cuci mata
haa leh la gi beli. 50% sale nih
ha..? charleskeith sale sampai bila???
errr… akak tak sure la yang…