Bila Berbicara Tentang Tudung..

last week hari selasa aku nonton drama si capik.
together-gether dengan encik z.
dia tu tak minat pun drama si capik tu. tapi terpaksa bangat nonton sama aku.
kadang-kadang tu dia malas, dia ngadap lappy tapi aku paksa-paksa jugak.
aku memang suka paksa-paksa dia.
tapi kata laki sendiri kan, so ko nak paksa apa, takde sapa melarang.
lain la kalau ko nak paksa-paksa laki orang nikah dengan ko. ek eh..

kalau sapa yang layan drama si capik nie mesti dah tau yang shireen wife si capik udah bertudung u.
last 2,3 episod memang si capik dah cakap kat wife dia.
dia suka laaa kalau wife dia bertudung.
tengok-tengok last week wife dia bertudung ko.
aku dah agak, sat gi mesti kena taji punya dengan encik z.

shireen dah pakai tudung dah. normaya mukhtar bila lagi?
danggggggg…
terus aku sengih-sengih busuk bukak topik lain.
topik zahid bunuh girlfrend dia si liza. ekekkeke..
tapi pastu encik z senyum je la..

ada je kawan-kawan aku yang tanya, bukan ke encik z tu macam alim-alim.
ko tak pakai tudung dia tak suruh ke? dia tak marah ke?
ko jangan mula tanya… kalau ikut dia, dari sebelum kawin dulu pun dah lebih lapanploh kali dah dia suruh aku pakai tudung.
aku je yang mendegil tak tentu hala.
so sekarang nie, the blame is on me la.. not him..

aku memang tak berani nak cakap lebih-lebih bab-bab tudung nie.
tapi bukan jugak nak bercakap tentang menafikan yang haq dan menegakkan yang batil macam pihak lawan cakap tu.
apatah lagi nak kata belum sampai seru. oh no no.
aku tak pernah kata gitu.

yang aku pernah kata, bila aku melakukan penghijrahan nanti, biarlah ianya akan menjadi satu penghijrahan yang hakiki.
cewahhh.. ayat stok-stok penceramah ko.

kesimpulannya, insyaAllah masa itu akan tiba juga.
mana tau dengan berkat doa korang semua, saat yang dinanti itu akan tiba dengan lebih cepat.. mudah-mudahan..

penulis menggayakan skaf dari tierack yang dibeli di sini.
sila abaikan segala persepahan di belakang.
cadar tilam basuh u. alasan alasan… 🙂

28 thoughts on “Bila Berbicara Tentang Tudung..

  1. comel je.. nmpk mcm dah biasa pakai 🙂 insyaallah masanya akan tiba jua.. dan kitorang sume akan menanti dgn penuh debaran hahahahahaha poyo je~

    • nampak cam dah biasa pakai? errr.. tu pun akak main lilit2 je..
      pstu encik z sibuk nak snap gambar.. huhu..
      ok, sila nantikan. tapi takyah la berdebar. hikss

    • itu lah.. keikhlasan yg paling penting kan.. bkn sbb paksaan..
      insyaAllah.. tq hernee 🙂

  2. ah.. tak menarik bab tudung..

    ada 1 bab yg menarik..

    statement:-

    “lain la kalau ko nak paksa-paksa laki orang nikah dengan ko”

    ada tak yg..

    paksa2 laki sendiri nikah ngan org lain..

    ehehe

    lariiiiii

  3. Insy’allah…masanya akan tiba juo nanti..antara cepat dengan lambat jerr..yang penting nawaitu kene ikhlas & hakiki (pjm ayat ye)..penghijrahan sya dulu masa maal hijrah tahun ’99..alhamdulillah 😉

  4. Salam…..
    cakap pasal tudung ni jangan bimbang dan jangan risau tuk nak pakai tudung ni…wlaaupon tak sampai hidayat lagi untuk nak berubah pada parubahan hakiki kerana umur kita kira leh tetapkan bila ajal kita dan dimana kita metemuin ajal tersebut.lagipon menutup aurat tu syariat yg diperintahkan oleh Allah pada orang pompuan so apa kisah tak pakai pon.pedulikan apa orang cakap…..satu lagi pompuna yg tak menutup aurat tu suami yg tanggung dosa dia…..hehehehe..apa kisah kan.lagipon isteri hanya perlu taat pada suami jee…..suami pula kena jaga mak dia, adik2 pompuan yg belom kawin kakak2 pompuan yg belom kawin….jadi kita pompuan lah dulu masuk syurga kelau suami tu banyak dosa yg kena tanggung kira lama la sikit kena seksa.sian suami……ingatla pntau taubat masih terbuka semasa roh dikandun badan….taubat sebelom ajal kerana ajal tidak diketahui bila menjemput kita…..org yg baik jika ikut syarita islam akan bertambah baik. maafkan saya.

  5. kalau kak maya bertudung nnt, maka bertambahlah seorang lg perempuan bertudung yg cun.. hehehehe~
    insya’Allah akan sampai jua masanye kan..
    tiada paksaan dalam Islam.. (ewahh) =P

Comments are closed.