Aku Tak Suka Bila…

uishh lamanya rasa tak buat tag-tag.
sebab biasa tag nie semua kan bermusim.
nie dah start kena tag balik, pasni sah-sah la berderet-deret tag yang ada..

korang kalau nak tag aku, pastu sila la tinggalkan komen atau kat msjbox eh.
sebab takut kang aku terlepas pandang lak kat blog korang. huhu…
so ini kali tag dari beautyfull_maria.

Tag ini di beri nama “AKU TAK SUKA BILA…” kita cuba luahkan rasa ketidakpuasan hati melalui tag ini ye dan cuba jawab sejujurnya.  ada 10 uolls. fitamm nak pikior.

aku rasa ketidakpuashatiaan aku lebih kepada individu kot.
tapi taktau la kot korang nak kata aku nie asyik tak puas hati dengan orang je kan.. abih dah tak puas hati. kena la bagitau.
tapi takde la nak bagitau dengan cara email berantai bagai. siap bcc lagik.
so pathetic. kesian. (sempat lagi kan ko normaya)

ok kita mulakan…

TAK SUKA BILA:

1. duduk melepak dengan kawan-kawan, asyik dia je la yang nak bercakap. lepas dia, dia.. lepas dia, dia. pastu cakap plak tak henti-henti. semua perkara dia nak cerita. dari sekecik-kecik kena gigit dek semut api, sehinggalah kekalahan brazil yang memalukan. dia, dia dan dia sesaja. heh.

2. ada orang suka menyampuk dan potong waktu orang tengah bercakap. aku rasa sangat tidak beradab dan berbudi.  kalau orang tengah bercakap, boleh tak kau diam? dengar dan fokus apa orang cakap dulu? lepas orang tu dah habis cakap, baru la ko plak cakap. boleh?

3. orang yang semedang pikir dia je betul. orang lain semuanya tak betul. dia la yang paling handsome, paling lawa, paling kaya, paling best best la.
kira semua dia je bestttt… orang lain tak ada nya yang best.
oiii tak leh bawak mati pun ko punya best tu okkk…

4. yang membz body dan kepochi hal orang lain dengan terlampau-lampau.
ada beza antara kepochi dan concern yer. ingat tu anak-anak!

5. dalam panggung wayang. bukak kasut. ko ingat bau kaki ko semerbak?
orang yang suka tendang-tendang kerusi. oii nak tendang kalu, pi main bola la oii… tak letak hp dalam silent mode. pastu jawab call cakap kalau boleh nak bagi satu panggung tu dengar. tak belajar sivik ke kat sekolah ha? yenadey?

6. terpaksa deal dengan orang yang tak menepati waktu. fantang betul aku.
kalau ko tau ko akan terlambat, boleh tak inform awal-awal supaya aku tak ternanti-nanti tertonggok-tonggok? kalau tak boleh tunaikan janji, jangan tepati..
kalau takat 5,10 minit boleh la consider. kalau lewat sampai sejam 2. apa kes??

7. dilanda migraine. adoiyaii.. rasa nak pecah medula oblongata. sapa yang pengidap migraine ni tau la kan.. memang takde ubat pong.
kena balik rumah tidur je.. huhu…

8. waktu drive. jumpa dengan driver yang tak reti nak guna signal. kereta bapak besar-besar, mahal-mahal. takkan signal rosak kot? boleh tak kalau nak ke kiri ke, ke kanan ke, bagi signal 5 saat lebih awal??? lagi satu waktu kat roundabout. roundabout tu dicipta sebab nak smoothkan lalu lintas. bukan bagi lagi sesak.
kalau ko kat luar roundabout, boleh tak bagi kereta dalam bulatan tu clear dulu? motipp ko ko nak cucuk-cucuk???? heh.

9. sakit perut nak terkucil di kawasan yang takde toilet. expecially dalam hutan. tetiba hutan kan.. huahuahua…
takde la, maksud aku cam tengah vacation ke, tengah camping ke, tengah jalan-jalan la pendek katanya. perut la memulas-mulas sampai berpeluh-peluh. hazabbbb kooo….

10. dan yang tak terakhir sekali. orang pinjam duit, kemudian liat nak bayar. dah pinjam tu, bayar la weyy.. kalau kata tak boleh bayar bulan nie, ko kasik tau aku molek-molek. nak bayar bulan depan. nie dah la pinjam duit orang, pastu bila terserempak, boleh pulak ko buat muka kering. apakaaa…

Sila TAG 5 orang yang bakal meluahkan perasaan tidak suka mereka.  Saya dengan gembiranya tag mereka ini.

aku nak tag manusia-manusia di bawah yang udah jarang-jarang update belog.
sila jangan buat-buat tak nampak nama korang plak eh..

mariah. pijah. nida. payiet.

ezad (selalu ko tulis pendek2 kan.. ini kali sila tulis panjang-panjang)

21 thoughts on “Aku Tak Suka Bila…

  1. No 10 tu sgt la setuju… masa pinjam skit punya baik, bila nak bayor punya liat. tak gitu kak mya… geram je org camni… apasai den plak yg terEMO ni…

  2. sangat2 SOKONG #4…sy tak suka okey!!!
    sakit pening aku ko tak penah nk amik tau…tetiba bila tang personel aku yg tak rela dikongsi dgn org2 spt kau, sesibuk je ko mengkepochi, kan?! waddaaaaa %*/# (sorry kak tetiba terEMO di sini)

  3. paling best part no. 10..setuju sesangat..rasa nak seligi jer dgn orang camtuh..paling tk leh blah leh buat muka tak ada perasan seolah2 kite plak berhutang ngan dier..eiii

    • tu yg kdg2 dh malas dh nk kasik org pinjam.
      bkn tak kesian, tapi dorang tak kesian kat diri sendiri. cena?

Comments are closed.