3 (Tiga)

orang kata, kalau kita bersahabat baik 3 orang, end up persahabatan tu pasti akan berantakan.
kalau tak berantakan pun, dalam persahabatan tu pasti akan ada masam muka.
tak puas hati. sakit jiwa. dan memendam rasa.

tinggal lagi sama ada masing-masing nak meluahkan berterus terang.
atau terus diam membisu lalu berlalu.
atau berpura-pura seperti tiada apa yang berlaku.

tak kira apa juga tindakan yang diambil.
tapi salah seorang perlu bersikap berkecuali.
bukan menyimbah lagi ke minyak ke api yang marak. atau baru mula nak marak.
senangnya, jangan mengapi-api.

antara entry terbaik dari masy tentang ini. boleh dibaca di sini.
entry beliau benar-benar membuatkan aku tersenyum.

teringat dulu pihak lawan pernah berkata ‘malapetakanya apabila 2 sahabat mengundur diri’
aku tak pernah rasa itu sebagai malapetaka. aku rasa itu adalah hikmah yang tak terkurnia. kerana aku tidak tau apakah lagi malapetaka yang akan menimpa, sekiranya kami terus berkawan.

dia kata dia mengundur diri. tapi kenapa yer aku masih boleh merasa kehadirannya di blog ini?  😉

2 thoughts on “3 (Tiga)

Comments are closed.