Yaya ku Sayang

ini kisah seharian di hari ahad di taiping.
sebab petang tu aku dah nak balik KL, so hari ahad gi la jenjalan.
tapi nama pun taiping. ke mana ajer pun nak pegi nya.
pusing pusing tempat sama jugak.

sebelum tu, mama pesan beli ini.
lalu ditulis oleh yaya.
lama aku tak tulis pasal perkembangan yaya kat sini kan..

tapi yang pasti yaya dah tak minum botol sejak bulan 3 hari tu.
dah tak pakai pampers sejak 2 tahun yang lepas.
sudah pandai menulis, mengeja dan membaca.
juga dah pandai baca surah-surah pendek.
dan kadang-kadang rajin solat jugak. 🙂

destinasi pertama adalah ke the store.
sebab aku mau membeli sarung tetek. err bra.
aku memang kalau beli bra mesti tunggu balik taiping.
sebab cam selesa je bra kat sini aku rasa. jenama apa ek…
tak ingat laa.. tapi yang penting murah okkkkk…
kadang-kadang aku mengkagum betul orang yang beli bra sampai 60 ke 70 hengget. eieiiei tak sanggup haku…
paling mahal maksimum RM15 je aku nie.
lebih dari tu, idok ler teman.

pitammm cerita pasal bra kat sini. ah lantak.

ada kasut murah untuk yaya. RM10 jer. so kasik beli.
tapi kotak kasutnya ya hampunnn… buruk u.
aku syak tongkang cina yang bawak kasut tu udah tenggelam timbul masa nak sampai ke malaysia.
tu yang kotak kasut jadik kayak gitu. eh lupa nak snap gambar kotak kasut. heh.

pastu yaya tanya aku taknak ke beli apa-apa untuk encik z sempena hari bapa.
so aku pun buat lah pakatan sulit dengan encik z.
encik z pilih nak apa. pastu aku beli menda alah tu.
dan dalam kereta kitorang jerit ‘surprise surprise’
heee… masa memula aku kata takyah la beli hadiah.
yaya kata ala mommy. nanti ayah kecewa’


: : hadiah hari bapa untuk ayah : :

tak boleh bla kann.. kecewa peginya. nie mesti pengaruh drama tv cerita melayu banyak sangat. tapi so sweet la anak dara aku tuh.

lepas membeli belah kami gi makan kueyteow doli dan minum kat cashier.
tu entry lain lah. sebab gambar lom upload.

pukul 6 petang gitu, aku dengan encik z dah siap-siap nak gerak balik.
haihhhh… u guys have no idea macam mana perasaan aku setiap kali aku nak tinggalkan dia.
sebak dan luluh. tapi semua tu aku tak tunjuk kat yaya.
aku taknak dia tengok mommy dia lemah.
aku setiap masa explain kat dia kenapa dan mengapa jadi sekian sekian gini.
walaupun dia kecik lagi, tapi aku tau dia faham. insyaAllah.

sebelum balik, tiba-tiba yaya bagi aku duit seringgit.
aku tanya kenapa.
dia jawab ‘kan mommy selalu bagi duit kat opah. ni yaya pulak bagi kat mommy’

tak ke ko terasa nak nangis dia cakap gitu?
terus aku peluk dia kuat-kuat dan kata takpe. mommy ada duit.
dia kata ‘alaaa mommy ambik laa buat belanja’
sob sob sob…

someone asked me ‘kenapa taknak amik yaya duduk dengan u. nanti esok dia besar, dia tak sayang u. dia taknak dengan u. baru u tau’

aku jawab ‘kalau itu bahagian saya. saya terima. dalam hidup nie bukan semua orang bernasib baik dan dapat apa yang mereka mahu’

dan someone itu. terdiam.

34 thoughts on “Yaya ku Sayang

  1. huk huk huk.. dah la kami sejak ngandung nih cengeng.. udah baca entry nih bergenang lah pulak.. huk huk..

  2. alarrr sedihnya kak….bijak yaya tue kak..inshallah dia akan menjadi seorg anak yg baik dan membalas jasa org tuanya bila dah besar nanti…

  3. huhuhuhu… saya juga sudah sedih… takperlah Maya..Allah tu juga Maha Adil dan lebih Mengetahui….kalau ko ambik Yaya dari orang yang menjaga dia dari kecik lagi tak bagus…. InsyaAllah.. Yaya akan faham….tak kisahlah kalau orang lain tak faham

    • itu lah. tak adil untuk mama aku dan yaya jugak. tiba2 nak pisahkan diorang..
      tu sbb aku terima.. apa juga yang jd sekarang dan masa akan datang aku terima dengan hati terbuka.
      aku redha.

  4. budak2 memang good observer kan…sbb tu kite kena berkelakuan baik utk dijadikan teladannn…syukurr maya..u and ur mother taught her well..alhamdulillah..

    pedulikan kata org..sbb..hanya kite faham diri kita, tindakan kita dan keputusan kita…dan hati kita..Allah jua yang nilai…betol tak?…correct me if im wrong

    • selagi kita tak buat salah dan kacau orang lain, aku rasa kita takkan apa-apa insyaAllah…
      berat mata memandang, berat lagi bahu memikul oh..
      betul babe. aku rasa syukur sangat dia duduk dengan mama aku.. banyak yang dia belajar.
      mungkin itu yang terbaik.

  5. bergenang mata I mya…baca entry ni…u don’t worry…Yaya akan faham…bertuah u dpt anak mcm Yaya….:)

  6. tetiba air mata dah bergenang dah.. time yaya bagi singgit tu… tambah lagi..bila tgk dia jenguk kat tingkap keta…
    tetiba tingkat kat qistina…
    ayat dia, ‘ibu nanti bila qis besar, qis belikan ibu baju eh…kaler pink’ (walaupun nak tergelak…tp hati rasa sayu dan sedih)

    oh anak2… 🙂

  7. hanya yg mengalami akn mengerti…. uhuk…uhuk…. mcm tuh perasaan aku tiap kali anta anak blk anak aku… time ambik ati berbunga2…. time anta aku yg sebak…. sob..sob..sob..

  8. huk huk huk..bergenang ayaq mata bila baca yaya bagi duit kat maya. Moga maya sekeluarga berbahgia selalu. Ishk lupa lak, sy nie munira, member sekampung intan. Suka baca blog maya nie, best bangat.

  9. huhu… yg last tu touching betul….
    yaya dah besar nanti jgn kecewakan mommy yeee…

  10. kak mya,picture yaya kat tepi tgkap kete tu..ya allah sayu nya..kalau saya kak,mmg tak mampu nak tanggung..tapi u tuff enuff..hidup perlu pengorbanan..dikorban,mengorban atau terkorban…tetap punyai alasan dan sebab tersendiri…moga satu hari nnt keluarga ini dpt bersatu dgn bahagianya..ameen..
    *sodeh kak oii*

    • hidup memerlukan pengorbanan.. betul tu sha..
      akak berkorban mana yang mampu asalkan orang yang akak sayang gembira..

Comments are closed.