Saya Membeli Tupperware

korang,
aku beli tupperware. heeee…
beli tupperware pun nak kecoh kan ko normaya.
orang lain dah beli berborong-borong tak kecohh pun.

ala kasik can la nak menciwi sesekali. eh sesekali ke.
bukan selalu ke aku menciwi? :p

ni gara-gara naza la ni. dia beli set tupperware berserta beg tembikai di bawah.
terus rasa hati meronta-ronta nak beli jugak.
sebab adalah comel dan praktikal.

bila berjumpa dengan agen jualan iaitu hasinah, terus macam-macam jenis tupperware lagi dia longgok depan mata haku.
terus la napsu mencanak-canak. jap jap nak itu. jap jap nak ini.

akhirnya aku up botol air warna hijau dan kuning tu.
actually satu set ada 4 ketul botol air. satu aku let go kat kak as, satu lagi kat naza.
aku amik 2 ketul jer. eeieiei suker lah…
yang ala ala mug tu aku beli sebab tinggal RM6.90 je. murah kann..
sebab total harga yang aku beli nie dah diskaun 25% u.

sejak 2 minggu mama ada kat sini, memang hari-hari breakfast aku letak dalam bekas tupperware nie.
dan tiba-tiba teringat dulu-dulu masa aku kekecik, mama selalu buat party tupperware kat rumah.

tupperware… dulu kini dan selamanya. cewahh..