Pulau Ketam? Apa Lagi…..

sambungan dari kisah berbasikal.

aku saja bahagi dua kan entry nya sebab nanti sekali harung gambar jadi panjang la plak entry kan.
lagi piula dah tukar 3 kolum ni.. so tempat nak menulis jadi mengecut bak kata retna
dan lepas ni pun aku akan cuba memendekkan entry sependek yang boleh supaya tak ada yang jelak di mata, dan sakit di hati.

aku akan cuba banyakkan entry dengan kurangkan bebelan.
deal? semoga berjaya normaya… being u yang kuat nauu membebel kan…

ok boleh dikatakan 100% penduduk di pulau ketam ni adalah berbangsa cina.
correct me if i’m wrong yer..
kot la ada penduduk pulau ketam yang baca blog aku nie..
mana tau ada 1% orang melayu dan india ke kan..
so sila yer…

walau pun dimonopoli bangsa cina, tapi ada disediakan surau jugak untuk kemudahan kita orang islam.
tapi tak dipanggil surau lor. dipanggil balai islam 🙂
dalamnya bersih. ada telekung, al-quran dan kitab-kitab agama..

kemudian ada maybank. satu-satunya bank yang kami jumpa masa tengah galok mengayuh basikal.
mesti syiokk kan sapa kerja sini. gaji sama gak macam korang yang keja maybank kat KL. tapi datang kerja jalan kaki or naik basikal.
tengah hari boleh lunch kat rumah. berbaloi baloi…
cuma tak dapat bayangkan cena eh yang lelaki gi kerja pakai kemeja tie segala.
pasti cam lain dari yang lain gittew…

pastu kami melawat Nang Thiam Keng Temple. aku suka je nengok ukiran dan design temple-temple nie semua. unik ohh..
tapi temple ni sedang direnovasi so kami amik bau je la. ek eh…

temple yang kedua diberi nama Temple Hock Leng Keng.
ada 2 mengadap-ngadap. cantik jugak 🙂

dari jeti tadi kami pusing-pusing mencarik fishing village.
selagi tak jumpa semua mengamuk-ngamuk taknak balik.
dan kayuhan basikal yang tidak henti-henti.. akhirnya kami sampai la ke penghujung jalan.
dan di situlah letaknya fishing village.

lupa plak nak cerita. masa kat jeti sebelum tu kan…
ada la 3 orang bangla tetiba muncul.
dan sekonyong-konyong tetiba cam nak merampas basikal-basikal kami.
apa laga, aku nak pegi sound la (kata kaki gaduh. tahun nie je dah berapa orang aku gaduh)
pastu katanya ‘we just want to take photo’

ada plak suara ko kan bangla… awal-awal taknak bagitau.
bila aku dah nak naik hantu, tau lak ko takut. ceh.

pastu waktu kat fishing village. jumpa lagi dengan mamat-mamat bangla ni.
ada jodoh? eiueueuueu koserrrr…
dah la bapak lama dorang pose pose kat sini.
berminit minit jugak la kitorang tunggu nak amik gambar. heh.
tolak jatuh laut baru tau.

memasing muka saspen.
bukan apa, takut kayu kayan tu reput.
tak ke mengangkang semua jatuh dalam laut? pantun 2 kerat.

ingat nak jugak amik gambar kayak filem sepet tu.
tapi baru cangkung nak duduk, krok krek bunyi kayu.
menakutkan…….

4 thoughts on “Pulau Ketam? Apa Lagi…..

  1. for me, bebelan akak tu la yg buat kita melekat kat blog akak ni hari2.. bebelan yg menghiburkan.. 🙂
    so jgn kurangkan membebel, pretty pleaseeee… 😀

Comments are closed.