di waktu makan tengah hari di hari jumaat, seperti biasa lah.
aku selalu pun berkepit dengan kaktin jer.
so hari jumaat hari tu, kami udah merancang mau ke the mall sana.
kaktin kepingin nak minum ice blended starbucks.
manakala aku udah berkira-kira mau beli sut kerja.
makin lama makin pupus rasanya baju nak pakai ke office. hu hu…
tapi baru sampai kat bukit tunku, tetiba kaktin telah mendapat panggilan misteri.
sila rujuk blog beliau untuk mengetahui kisah yang terjadi.
so kaktin tanpa berlengah terus pusing stering kereta kayak fast and furious.
dan terus vroom vroom menuju ke sri petaling sana.
selepas selesai kisah yang saspen, dan kaktin udah pun bernafas lega, kami pun mau makan mengisi perut masing-masing.
kaktin cadangkan ke restoran masputra.
dan akhirnya. setelah selama nie asyik mendengar kehebatan dan kepujian dari kaktin. merasa la jugak aku akan air pelangi 3 rasa ini.
uissshhh setapppp uolls…
cukup segarr. ada rasa manis-manisnya (macam iklan shiela majid)
agak-agak kalau aku try buat kat rumah sendiri, jadi tak ek..
memula letak gula melaka,kemudian susu cair, pastu sirap.
cam senang je kan.
nanti aku nak cuba lah. kalau jadi sok, aku tepek kat sini.
kalau aku tak tepek-tepek tu, maknanya tak jadi lah. huahuahua..
aku kalau gi restoran yang first time kan, aku mesti nak cuba dia punya special.
so belek-belek menu. nie antara yang special kat sini.
aku amik keputusan untuk order mee goreng berapi (pedas)
hamboiiiiiiihhhhhhh memang pedas uolls.
hampir-hampir aku bertukar menjadi naga.
tapi dia punya setappp… ya hampon… nangissss….
rasa dan dan tu jugak nak terajang tukang masak dia.
sebab punya la setapp.
dan tq kaktin sebab belanja. yiet, jangan jeles :p
korang yang duduk area-area sini, marilah mencuba.
nie alamatnya. tak pun gi jengah je website diorang.
Restoran masputra
5-1 jln pjs 3/63
taman seri manja
46000 p,jaya selangor
03-77848046
lepas makan-makan, kami sempat ke pasaraya bintang.
belakang restoran masputra nie jer.
sebab before this kaktin dok warwar ada skirt murah jual kat situ.
aku pantang betul dengar murah-murah nie.
so terpaksalah pegi jugak.
end up aku beli 2 helai skirt berwarna hijau muda & merah.
setiap satu cuma berharga RM12. murah kan? berbaloi baloi…
mi tu buat sy lapar la…mi goreng basah my fav
mmg sedap tau..
ah saya pun suka mee goreng basah gak. tp tak pandai buat.. huhu
Yeah,beli suit kerja baru,bila lagi nak dress up dgn suit and tie,kamon kamon,entry baru satuuu!
baikkkk
ooo aku tak de kak tin open table ek? awas lo
ala lek la yit, ini kejadian di luar tabiee…eh di luar kawalan
kotak pemikiran…kira ala-ala adhoc laaa…heh
di luar tabiee?? eieiiei no good no good
kannn…
smlm p pekena lagi air ni ngan sarah…heh
dah ketagih ko nih
akak..tepek la gambar skirt tu…
hari nie akak pakai skirt merah RM12 tu. he he..
tengok la kalau ada masa nnt akak amik gambar letak sini key