salam semua…
aku kat taiping ni. baru sampai dalam kul 9.30 malam tadi.
hantar yaya balik lorr.. kan minggu depan sekolah dah bukak.
panasnya taiping eh.. aku dah mandi air sejuk-sejuk tadi, lepas keluar bilik air berpeluh balik. berlengas cecelah ketiak, cecelah kangkang segala.
terus berkemban kayak perempuan, isteri dan dot dot dot.
ni sekarang tengah layan cerekarama.
pengorbanan seorang ayah dalam membesarkan anak-anak.
sempena hari bapa. sedih gak la…
oh ya, blog aku diserang unsur paranormal.
google friend connect aku tuh. udah tiada follower.
hari tu ada la 20 orang. ni aku bukak sudah yilek pocik.
adakah korang semua telah menarik diri jadi follower haku?
atau google friend connect ittew ada masak elah?
atau coding yang aku tempek tak betul?
rasa-rasa aku dah takde godek apa-apa dah kat situ..
ah biarlah dulu. rajin-rajin sok aku belek la apa yang tak betulnya.
ok la cerekarama dah nak habis.
cam biasalah drama melayu, ending dia selalu pun sedih.
sebab nak bagi kita insaf kan… walaupunnn…
nak tidur sekarang.
encik z, moh moh masuk tidurrrrr……
akak rasa dah kena serang kot ngan gosbaster…
dah ok jer tgk follower2 tu ado jerr…
hmmmm
haah aku bukak ni ada pulak. misteriii
ok jerk…maybe time akak bukak jer jadik mcm tu…sweet akak ajak en z masuk tido…
haah dah ok plak… isk..
hee sweet ke pun.. walaupun encik z namo gak masuk tdo lagi cisss
Jangan mandi air panas dipagi hari nyah, sbb suhu badan kita rendah masa baru bangun tido, ni akan mempercepatkan proses penuaan, pasal tu mek keliatan muda remaja diusia 40. muhahahaha
sib baik pagi ni mek mandi air sejuk
lawanya blog ini. woweeeeeeeeeeeeee!
suka.. suka..
*komen takde kena mengena ngan entry* :p
tq tq he he