Outing Keluarga

ini cerita hari ahad.
aku dengan encik z gi jusco setiawangsa tunggu kedatangan mama, tok, abang long, kaklong, yaya dan caca. dorang dari LEP sana.

motip utama adalah nak makan together-gether di samping menyelebret birthday abang long, birthday encik z dan anniversary abang long dan kaklong.

cam sayu plak hati aku dengar encik z kata, tahun ni la yang paling lain dari yang lain. 4 kali potong kek dan celebrate’
huhu…

oleh sebab semua pun taktau nak makan apa dan kat mana.
itu pasal la aku pilih asam pedas melaka ni. macam menarik je.
so kasik cuba.
kalau ko gi jusco setiawangsa nun, senang je nak cari.
ngadap escalator yang nak turun ke parking bawah.

bila semua dah sampai, pun terus lah je pilih nak ngoder apa.
pun kuasa veto diberi pada aku. matikk la gila kuasa kann..
tapi idok ler pun gila kuasa ke hapa, dah masing-masing semua cam suka hati kakngah laa’. ish ish ish.

comel je caca tongkat dagu kan. dulu yaya kekecik pun suka buat gini.
masa ni dia tengah bebel apa ntah. dah la bad mood sebab baru bangun tidur.
mengada lebih.

dari mengomel sorang-sorang, encik z pulak melayan.
lagik laa menjadi bebel pot pet itu ini.

last last bila encik z membagi dia balik, terus tak puas hati.
tengok ah dia jeling tu. eiieieieie.. congkel bijik mata baru tau.

setelah menunggu beberapa ketika, makanan pun sampai.
ini adalah nasi putih yang dihidang sekali dengan ikan masin, ulam dan sambal belacan. aku tak makan nasi yer anak-anak…

dan ini antara yang diorder lalu dimakan.


: : ikan bilis jering : :


: : daging masak lemak : :


: : di hujung sana ikan bakar dan ada jugak kerabu kacang botol : :


: : ikan siakap kot. masak asam pedas : :


: : kerabu jantung pisang : :


: : udang masak lemak dengan nanas : :

makanan kat asam pedas melaka ni cam ok ok la kot..
nak kata sedap sangat tak, nak kata tak sedap pun tak.
kira boleh la ditelan dek tekak semorang.
cuma kalau ada asam pedas tetel lagi meletup kot.
sebab melaka kan terkenal dengan asam pedas tetel. hurmmm…

selesai acara makan nasi, sekarang cake time!!
kek dibeli di splendid cafe.
boleh tahan setappp jugakk..


: : happy birthday and happy anniversary : :


: : mommy & yaya : :


: : cucuk lilin dulu : :

nyanyi-nyanyi, tiup lilin, tepuk tepuk.
ini semua aku la yang kebasss. eh.. ini semua aku la yang paksa diorang buat aksi gini… nasibb arrr….


: : mereka bukan gay. tetiba : :

lepas tu tukar orang.
giliran kaklong dengan abang long lak potong kek.
anniversary yang 10 tahun u…

u ada? takde kan…
tak kisah lah 8 tahun ke, 10 tahun ke.. lapanploh tahun ke..
janji setiap tahun itu ada pengisian.
takpayah la nak pompang kata dah kawin 10 tahun bagai, tapi sebenarnya 10 tahun tu penuh duka derita air mata je.
tak guna jugak ye tak?
biarlah setahun dua tapi bahagia.
kalau pun terpaksa berpisah, tu semua dah tertulis.. so terima seadanya.

dan lagi, tak payah la nak sibukkan si suami curang main kayu tiga.
si isteri curang ada boyfren lain. siapa keji lah, siapa hina lah.
ko tu la lagi keji sebab sibukkan rumah tangga orang.
walhal rumahtangga ko pun, ko sendiri tau macam mana…

apa aje la yang ko merapek nie normaya oiiii…
dari entry birthday anniversary tetiba ke kisah rumahtangga orang kan…

ok teruskan.

kaklong beli kamera baru u. sama cap macam aku jugak.
tapi kira lebih terkini la. gambar pun teranggg…
memang patut pun kaklong ada kamera baru.
kamera lama dia pun aku yang lanting dulu canon tak berapa nak best.


: : siap sedia untuk ngappp kek : :


: : mama dan tok : :

aha kali nie tok ikut sekali datang KL.
memula ke melaka rumah maklang. pastu ke rumah kaklong kat LEP.
dan lepas tu ke jasmine pulak, rumahku syurgaku.


: : caca tak koserrr nak layan manakala ibu adalah excited : :


: : yaya nak suap mommy jugak : :

lepas habis acara makan-makan, bawaklah dorang ronda-ronda dalam jusco tu.
yaya dengan caca request mau masuk ini tempat main.
tapi yang aku geramnya si caca ni cam ekkk ookk oook eeek.
buat muka plak. lempang nak?

sib baik yaya takde masalah.
riang gembira main dalam nie. RM5 untuk setengah jam.
RM8 untuk unlimited. cam merepek kan?

pastu request nak main benda2 pasir nie.
layannn…

mommy & ibu menanti penuh kepasrahan.
patutlah dok merengek-rengek. lapar rupanya.
mulut tarak?? tak boleh kasik tau? euieueieuieieiei geram toll!

lepas to gi pusing-pusing bentar kat tempat baju dan kasut.
kemudian ke hypermarket bawah beli barang-barang dapur.
sekianlah adanya.

panjangnya kan entry nie. awal-awal semangat menaip.
bila dah ujung-ujung rasa nyampah sebab rasa cam tak habis-habis.
hohohohooooooooooo

8 thoughts on “Outing Keluarga

  1. haha. entry akak selalu mmg begitu. cerita punya cerita dia selit jugak sound sound itu. hhehe. tapi best!

    • yaya terpaksa rambut baru sbb rambutnya penuh kutu uolls..

      duka, derita, dukacita aku rasa masih dlm maksud yang sama.
      sekian pendapat saya

    • yaya dah matang, dan kuat jeles jugak kak..
      bila saya pegang caca je, muka dia dah sebik-sebik. huhu..

Comments are closed.