Menemani Suami-Suami Bermain Volleyball

apa yang aku buat kat kolam renang pepagi alam nie?
mau swimming kah? heh.
walaupun tajuk entry menemani suami bermain volleyball kan.
celah mana plak aku gi swimming nya.


: : aku pakai baju & jeans yang dibeli dari shilashower 😀 : :

hari sabtu hari tu aku nemanin encik z main volleyball untuk makswip.
di UM sana. court volleyball di dalam kolam renang pusat sukan tu.
eh bukan di dalam tapi di sebelah. ah ko imagine la sendiri.

kalau ikut hati, memang tak koserrr nak bertunggu tangga kat situ.
sehari suntuk noq. tapi sebab puan ernie zuraida pun ada di sinun menemanin suaminya, tu yang aku zasss jugak. leh la melepak borak ke hapa kan…

kitorang sampai kat situ kul 10 gitu. tapi katanya game lambat lagi la plak.
hadoiii gi mana lah pihak makswip susun jadual deh.
kok nggak organize?

sebab belum breakfast, so aku dengan encik z lari jap pi makan.
ok ok bukan la lari. naik kereta lor.
breakfast kat bangsar saja. pastu balik semula ke tempat kejadian.

katanya kul 12 tengah hari baru start game untuk grup encik z.
so tunggu. waktu matahari terpacak atas kepala ko dorang main.
tapi dah laki mak tu hitam kan. so apa dia kisah main tengah panas ke, tengah ribut ke. ngehh..


: : nie team wanita main. menang oh. best best : :

seriyus panas adalah tahap keterlampauan.
takde angin bertiup. apa lagi angin sepoi sepoi bahasa.
sib baik ada spek hitam berjenama elle dan payung berjenama esprit menemani*tetiba.

encik z dan jersi bernombor 7 nya.
aku tanya apa ke motif bergambar gitu?
katanya untuk saiko pihak lawan.
wah kannn… ko pun nak jadi lelaki saiko ke encik z..
takyah la. biar aku je la sorang jadi saiko.
kang orang kata laki bini saiko plak. sedih.

tup tup lat pun ada di tempat kejadian.
lat nie adik encik z yo.
dia main mewakili kementerian pembangunan wanita dan keluarga.
masa memula dengar cam kelakar je.
nama kementerian perempuan. tapi lelaki keje kat situ.
tapi aternyaaa takkan la semua staf kat sini pompuan kan.
tak ada logika la oii..

ok tepat kul 12 dah start main.
menentang JPN. straight set. menang! hoyeyy.. (eueiieei cam bebudak la plak)

sori terpaksa amik gambar belakang.
sebab aku duduk belah belakang lorr..
dengan payung nya. cam pendatang haram je rasa.
tapi demi somi, gagah jugak…

haaa nie bila dah tukar court. baru nampak dari depan.
eueuieueieuie seriyus saspen betul aku nonton game nie.
cam debar-debar la masa pihak lawan dapat collect markah.

nie encik z tengah serve. eh gitu ke ejaannya? serve ek..
lantak ah. janji korang tau sudeh. yang taktau nasib ko la.
persembahan permainan encik z adalah memuaskan. no komplen 😀

lepas habis game nie, aku dan ernie blah kejap.
sebab game seterusnya pukul 2 nanti uolls.
suami suami kami namo ikut. mau berbaring sebab kecapekan sudah.

aku dengan ernie ke bangsar village sajorkk.
ernie mau mengsurvey perkakasan baby.
ke toys r us express.


: : ernie tengah tekun membelek : :

aku plak jatuh cinta dengan beg-beg nie.
so kawaiii… kalerful dan meriah uolls.

oh, masa kat sini kan. aku nampak misha omar.
dia pakai baju kurung kain cotton. pakai spek.
nampak cam orang kebanyakan sangat.
aku confirm dia sebab masa tu dia tengah on the phone.
memang sahih-sahih suara dia.

yang si ernie lak tak percaya. katanya mesti adik or kakak misha omar.
takde mananya derrr.. memang sahih tu misha omar oh…

dah lepas selesai upacara mengsurvey perkakasan baby, kami melepak di starbucks. minum ice blended caramel. uisssssshhhh setap nyaaa…
melimpah ruah caramel dia taruk. nak nakkkk…
sambil minum sambil kami borak la gitu gini.

pukul 4 petang gitu kami kembali semula ke UM.
haiyoooo belum sampai lagi giliran suami-suami untuk game mereka.
encik z kata mungkin sampai ke pukul 6 nih. adoiyaiii…
tapi ujung-ujung team yang sepatutnya dilawan tu udah walk over.
so menang tanpa bertanding gitu.

sibuk je dengan spek faizal tahir dia tu.
kasik bukak please…

ok begini lebih molek.
diorang muka cam takde perasaan je kan.
aku je yang terlebih lebih over. tapi, ada aku kisah?
takderrrrrrrrr…..

pukul 6 petang kiss kiss goodbye dengan ernie.
aku dan encik z ke segambut sana, umah mertua ku.
sila reverse baca entry baby nur shazwani.
sekian.

8 thoughts on “Menemani Suami-Suami Bermain Volleyball

  1. saya pernah jadi PA untuk Penasihat Menteri dekat KPWKM tu. Haha. Kebanyakan orang atasan dorang Perempuan. Kira oklah kan. Siapa lagi nak memahami perempuan kalau bukan perempuan. kena mengena ke? ;p

Comments are closed.