Melawat Din Di Hospital

hari isnin gi hospital tawakal sana.
mau melawat ini orang sakit. din namanya.
dengan tangan kosong pi melawat, ya ampunn din.
tapi bukan ole-ole menjadi taruhan, ingatan itu lebih penting kann..
(statement selamatkan diri)

din masuk spital sebab sakit dalam perut katanya.
tapi yang pasti bukan pregnant mau pun senggugut. ok tak kelakar.
nak kata food poisioning, takde plak dia cirit birit or muntah-muntah.
aku saspek mungkin appendiks kot.
tetiba aku lak yang saspek. doktorkah haku?

mengikut kronologi, si din nie ada makan udang beserta kulit.
kira dia tak buang la kulit udang tu. terus di ngapp nya.
pulak tu masa tu dia ada offer kaktin.
sib baik kaktin tak tamak haloba join makan nasi lemak berlauk udang tu.
kalau tak, silap-silap sebelah katil je uolls.


: : din sedang bercerita pengalaman memasuki terowong. apakah? : :

oh yer, din nie satu department dengan aku dulu.
sekalian la dengan payiet, epul, hizwan, kumar, nok dan bebudak spick lain.
tapi selepas department berpecah belah, so tercampak la memasing ke sana sini.
tapi din nie adalah seorang yang baik.
kira tidak lah bermulut laser macam yang lain. huahuahua…

dan nak jadi cerita pulak, kebetulan din satu sekolah dengan izwan.
adik kepada bestfriend kaklong, kakwanie. yang hari tu aku gi wedding dia tu.
kecikk nauu dunia ni kan. pusing-pusing itu gak yang nak dijumpa.

ok din, semoga dengan penerimaan duit RM50 yang tebal tu, ko akan sihat walafiat dengan cepatnya. amin…

dari hospital, kitorang cross jalan mau makan di restoran haslam.
aku makan mee hailam. so so je la kot rasanya.
yang buat tak koserrr sebab hampir setengah jam jugak hidangan sampai.
pastu waitress nya cam nak ninggi-ninggi suara lak bila kitorang tanya.
apa kesss???

tapi kesakitanhati terubat bila dapat makan tapai.
aku beli 3 ketul. tapi ujung-ujung rasa tak cukup.
sebab adalah sangat setapppppppppp….

ok ok aku tau nan molek makan tapai.
tapi sesekali takkan tak boleh kot? boleh laaa… boleh laa….

8 thoughts on “Melawat Din Di Hospital

  1. alaa dh ngap dh pong br nk ckp boleh ke x ek…kui3
    eh tp aku salu mkn udang ngan kulit2 die skali…apakah???

  2. kenapa tak molek makan tapai..? ko bilang aku (ceeh berlagak singaporean sebentar)…

    aku ok jer makan tapai, nak kata payah ngandung, anak dah 3, pantang lepa mesti tersangkut lagi niii

Comments are closed.