Mari Kawan-Kawan… Kita ke Pulau Ketam…

pada hari wesak hujung bulan yang lepas kan, aku dengan 3 orang jejaka terhangit di pasaran udah ke pulau ketam sana.
sebenarnya plan nak gi pulau ketam nie dari sebelum aku nikah lagik.
tapi biasa lah nama pun maknosia kan..
banyak nauuu ranjau nan duri. baik ranjau yang datang tanpa diundang.
mau pun duri yang dicari sendiri.

motippp entry pembukaan sudah panjang melebar??
walhal banyak lagi entry bersusun nak diupdate ni. heh.

ok kita teruskan.
pulau ketam ni terletaknya di pelabuhan klang sana.
tapi kena naik bot lah. takde sebarang pengangkutan darat untuk ke pulau ketam yer. nak naik helikopter pun cannot sebab nan adoo tempat berlanding.
unless ko nak landing tengah laut la kan..

perjalanan dimulakan lebih kurang jam 10 pagi gitu.
aku dengan encik z park myavi kat offfice. kemudian nunggu komuter.
kedaungg jugak la tunggu komuter. ermm.. dalam doploh minit ada kot.

sampai kat kl sentral, terus ke mcdonalds.
payiet & nikolas sudah menanti dengan semangat waja katanya.
tapi breakfast dulu la kan…
kang kelaparan, sendiri jugak meroyan.
gambar bawah nie… nak makan ke nak mengamuk ntah.
muka aku kayak gini, kalau pihak lawan nengok mau mencicit lari tak cukup tanah. huahuahua..

jam menunjukkan 10.16 pagi. manakala train akan sampai jam 11.06 pagi.
bercinta oh nak menunggu…

tapi dalam pukul 10.40 pagi gitu, komuter pun sampai.
oh sukerr…

perjalanan amik masa lebih dari sejam jugak.
first time ni aku naik komuter sampai hujung ke pelabuhan klang.


: : hitam putih warna kehidupan. cewahh : :

sampai je kat stesen pelabuhan klang, aku terus bukak kertas panduan.
being me yang very the organized bab-bab trip nie, harus lah kena print out segala mak nenek yang berkaitan.

jeti yang sepatutnya kitorang pegi tu sekarang ditutup yer.
maintenance katanya. so kena menapak sikit la ke depan, depan, depan lagi.
namanya jeti asa niaga. jeti sementara la kekiranya.
kata 5 minit je jalan. tapi sebenarnya dalam 10 minit jugak tau…
eueieiueieieuie…


: : aku je yang baca peta. lagi 2 orang umat tu senyum syiok sendiri : :


: : yo yo o la : :

pelik tak tengok aku tak bawak beg.
harus lah bawak satu beg je. dan haruslah jugak encik z yang mengendong bag itu.
‘bawak satu beg je la bang. senang’ (eh bila tahun aku panggil encik z abang lak nie?)
taktik aku, bila guna satu beg, of coz dia yang kena bawak sorang.
kalau 2 beg, aku kena hangkut sekali. bijak kan saya?

lalu sampai lah kami di jeti yang berkenaan.
tak sempat nak berhenti bernafas, tiba-tiba kami diterjah oleh seorang ah so.
kelam kabut dia kata bot ada, bot ada’
cam pepaksa suh kitorang beli tiket.
aku plak takut lepas ni bot lambat.
sebab bot ni every 45 minutes, so kalau dah terlepas.. mau berjangguit nak tunggu lagi 45 minit.

so kelam kabut la aku kuarkan duit kasik kat ah so nie.
tapi kan uolls… rupa-rupanya bot yang dia maksudkan tu, dah pun berlepas sebenarnya. si ah so tu gawang-gawang tangan panggil bot tu patah balik.
apakahhh???

pulak tu, dia ketuk duit tiket lebih RM0.50 sorang.
patutnya bot nie RM7 jek. tapi dia udah up jadi RM7.50.
awasss lu ah so.


: : ah so berbaju merah : :

dan paling best sekali kan… bila kitorang dah naik bot tu..
dan bot tu pun dah ala-ala nak berlepas..
bila ada orang ramai menghampiri bot tu, boleh lagi sekalik bot tu patah balik u.
(*&^%$^(**(&^.

apa laga, naik hantuu la mak. tapi naik hantu dalam hati je la.
takut la nak naik hantu dengan ah so tu.
kang tak pasal-pasal dia tolak aku jatuh laut pulak kan.
kalau encik z nak selamatkan takpe. kot encik z pun buat dono jerr..
cena?

bot nie seumpama tongkang pelarian endon je yer.
ko jangan plak nak berangan-angan cam tongkang mewah ada swimming pool, gym bagai.
kalau nak bermewah, sila naik cruise sana.
kita nie mau ke pulau ketam saja. bukan ke pulau cebu mau pun pulau maldives.


: : diorang nie berlakon renyih je. walhal mereka la yang paling naik hantu sekali : :

lepas bot berlepas, si ah so tu siap datang beramah mesra dengan kitorang.
cehhh… pastu siap usap-usap pipi payiet lagi.¬† taste ke? awww..
euieieieieueiiee tercemar dah ko nyahhh… ko dah samak belum?

bot ni takde pintu keselamatan yer kawan-kawan.
so sesiapa yang bawak anak-anak kecil tu, sila lah berpegang teguh kepada tangan anak anda..
kalau anak anda jatuh, sila la berenang selamatkan sendiri.
sebab keselamatan semua di tangan anda.
pemandu bot mau pun ah so tadi tidak akan bertanggungjawab.

pintu keselamatannya adalah cuma kayu nipis sahaja.
bak kata orang, buat syarat gitu.
agak-agak kalau kau ternampak musuh ko atas bot nie dengan ko, memang sedang elok la kalau nak susun plan tolak mereka hingga jatuh dan pastikan mereka lemas di lautan.
kemudian menjawab la ko merengkok dalam penjara sana.

pengembaraan bermula…..


: : feel feel comel la konon buat muka gitu? puiii : :


: : encik z membaca doa menaiki kenderaan : :


: : kami pula membaca doa bagaimana mahu kelihatan manis di dalam gambar : :

adakah kami berjaya sampai ke pulau ketam?
atau kami tersasar terus ke pulau asmara?
atau adakah bot kami ditawan oleh lanun?
mungkinkah salah seorang dari kami tidak tahan sabar lalu terjun lalu berenang ke tepian?

nantikan jawapannya….. tak tahu bila…

12 thoughts on “Mari Kawan-Kawan… Kita ke Pulau Ketam…

  1. eh eh eh…
    dulu¬≤ kaaaaaaaaaaaaaaaan, aku pi pulau ketam rasanya naik bot cam cruise tuu… siap tenggelam separuh badan dalam air… kiranya cam, kita pandang cermin terus nampak air…

    • haaa aku naik yang tu waktu pulang ke daratan selangor semula.
      nantikan entry nya yer yang taktau bila akan kuar

  2. hehehe… kak ya tau x asal usul pulau ketam… sy pun x tau huahuahuahua…
    ah so tu sgt merbahaya… x igt die delak… terngiang2… mcm gigi sample nak terkeluar pun ade

    • ish ish cmna org klang tak tau pasal pulau ketam nie..
      okeh, insyaAllah minggu depan akak kasik habis yer entry nih

  3. tetiba n3 ni aku terlupa mau kemon uolls. Membara hati aku bila membayangkan ahso tu, tak pasal pasal balik dari mlancong aku kene carik air tanah liat mau nyamak muka. Awas lo

Comments are closed.