Mandi Manda di Desa Waterpark

hari ahad lepas kami sefamily gi mandi manda kat desa waterpark sana.
adil turun kl gak dengan yana, tapi diorang dah ada agenda lain.
so kasik tinggal.

aku bajet nak kuar awal la sebab cuti sekolah kan..pasti meramai.
tapi standard la dengan ada budak-budak, dan warga emas.. pasti lah melambat.
masa nak keluar rumah tu pun, semua dah ala-ala nak pergi berperang.
hingaq!

akhirnya dalam kul 10.30pagi gitu baru gerak dari jasmine beramai-ramai.
satu shot before bertempiaran.

sesat barat la plak kami nak ke desa waterpark nie.
aterrr aku baru kali ke 2 ni nak pegi.
pegi dulu pun bapakkkkkkkk nya lama gila weyyy…
masa bujang trang tang tang. family day FM kat company lama dia.
9 tahun lepas u…
encik z pulak tak penah datang. tu yang melilau-lilau..

dalam 11.15 pagi gitu sampai.
terus beli tiket. RM20 untuk dewasa dan RM14 untuk budak.

nak masuk dalam pun bercinta.
itu ini itu ini baru la masuk.
walhal ada nya 2 orang budak kecik je kan.
gegak gempita mengalahkan 10 orang budak.
tu yang aku respek betul pada sesiapa yang ramai anak tu.
aku mengaku aku memang kurang jiwa sikit bab-bab nie.
mak tak penyabar noq…

tak tunggu lama, budak-budak nie terus tukar baju.
renyih renyih nak lompat mandi dah.
cer ko tengok beza caca dengan yaya.
caca tu umur belum pun 3 tahun.
yaya plak bulan 10 nie 6 tahun.
tapi tengok fizikal diorang.

bandingkan paha caca dengan yaya.
uiiiiiiiii….. bapakkk la tembam nya si caca nie kan…

bila bergambar dengan omak-omak pulak, dah terbalik.
harus la aku yang menggemuk secara haibatnya.
kaklong menten menten la. tapi takde la menten sangat..
gemuk gak apa (statement mendengki)

kitorang sampai tu, manusia agak meramai sudah.
meja dan tempat duduk pun udah full.
sudahnya kitorang selamba je duduk kat atas simen depan information counter.
takde pun orang sound. so belasah sudah.

masa untuk melompat dalam kolam.. yeay…
tapi kegembiraan dan ketenangan kami asyik la diganggu gugat oleh life guard nie.
eh life guard ke namanya. apa apa je lah.
yang penting asyik la dok prot pret prot pret tiup wisel.
yena dey?

iya iya lah dia menjalankan tugas.
tapi kok yer pun agak-agak la. jangan la sentisa nak berwisel.
rimas laa… nak mandi pun tak fokus u.


: : yaya yang happy dapat bermandi : :


: : mereka happy juga : :

perbualan si ayah dan si anak.
taktau la apa yang si caca bebelkan masa ni.
tapi aku rasa gambar ni so comel. 🙂

mama pun udah mula melangkah masuk ke dalam kolam.
jangan taktau, mama cukup suka mandi manda kayak gini.
aku plak tak berapa nak gemar, tapi sebab anak-anak kan…
layannnn…

oh tshirt yang aku pakai tu kan, sebenarnya tshirt encik z.
tshirt couple yang aku beli kat bangkok dulu.
encik z dah tak muat nak pakai tshirt tu. so aku pakai la.
aku pakai pun cam ngam ngam soiii oiii…
matikk la laki bini membesar dengan jayanya. heh.


: : paha sebesar rumah. pitam : :

tak syiok la gi waterpark kalau takde pelampung kan.
so aku udah kerah encik z pi cari pelampung sebanyak 2 ketul.
tapi kan, cam sekejapan je pelampung udah habis. belum sampai kul 12 tengah hari, pelampung udah yilek pocik.
desa waterpark, sila banyakkan pelampung anda ya.

tadi pitam sebab tengok paha sebesar rumah.
sekarang rasa nak termeninggal sebab tengok punggung ku.
(*&^%$$%^&*(&^^*(


: : termenung mengenang nasib diri yang udah gemuk : :

tetiba dah gambar tengah makan. magic tak magic tak?
heeee….

sebenarnya lepas gambar mengenang nasib diri tu, semua pun udah meloncat berenang dalam kolam. so kamera tinggal sudah.
lepas tu aku dengan encik z naik gelongsor tinggi tu.
repeat 2 kali lagi. syiokkkk oooo….
jerit-jerit peluk-peluk. uiiii sukerrrr…. 😀

kemudian kami bergerak dari satu kolam ke satu kolam.
kuak lentang, kuak dada, kuak kupu-kupu… semua khatam.
ini kira dah ujung-ujung acara permandian.
proses memujuk caca dan yaya naik.

tok memang tak mandi lah kan.
dia volunteer jaga beg.
mama plak dah siap sedia masa nie.
kemeja pink tu aku lanting kat mama sebab aku dah tak selesa pakai.
nampak muda plak mama pakai gitu.
baju pink dan tudung karer karer 🙂

siap-siapkan yaya dulu. pastu aku pun siap-siap gak lah.
masa ni punya lah panazzz menerik. huhu…


: : caca dah selamat menidurkan diri dah : :

bermuscle la tangan kaklong dukung si caca.
bukan ringan-ringan u. kalau tak dukung dengan skill yang betul, boleh mengakibatkan kerosakan di saraf vertebrata.


: : us berbaju borneo yang berharga RM4 selai. murah oh. heee : :


: : mengkagum katanya : :

masuk-masuk kereta, aku toleh belakang, yaya dah terkulai layu.
mana tak nya kan…
penat mandi manda satu, dengan panas terik… pastu masuk lak air cond…
harus terlena….

demikianlah kisah mandi manda kami anak beranak.
sekian.

6 thoughts on “Mandi Manda di Desa Waterpark

Comments are closed.