Lama Benar Rasanya….

semalam lunch time aku pergi the mall.
motif utamanya sebab nak ke jualan gudang ekstrem parkson.
potongan hingga 80% oh..
so pergi.

manusia meramai so so sajorkk.
gamaknya sebab parkson kot. aku rasa cam jarang je orang shopping kat parkson. cer sogo atau jusco buat jualan gudang gini.
perghhh… belum pukul 10pagi orang dah tercegat depan pintu masuk kan..

barang-barang jualan gudang nie pun tak berapa.
baju budak pun tak banyak yang aku berkenan.
begitu juga dengan baju wanita. jadi memang lah tak membeli apa.

aku ke seksyen toys. teringat kat yaya.
lama benar rasanya aku tak belikan dia toys.
asyik la beli buku dan suruh dia belajar belajar belajar.
sampai aku kadang-kadang terlupa yang dia masih anak kecil.
sekarang masih masa untuk dia bermain.

memandangkan sekarang pun cuti sekolah, so aku belikan dia rice cooker mainan nie. boleh ajar dia cara-cara masak nasi 🙂

dah seminggu yaya ada kat melaka dengan babahnya.
ye lah, gini lah cara nya bila mak dan ayah berpisah.
ada giliran dengan ayah dan ada giliran dengan mak.
walau aku dengan FM dan berpisah dan walaupun hak penjagaan anak aku yang dapat, insyaAllah takkan aku biarkan kasih dan sayang mereka terputus.

tengah hari nie aku jumpa yaya.
sekalian nak celebrate birthday encik z, abang long dan anniversary abang long dan kaklong.

rindunya aku pada yaya!!!

4 thoughts on “Lama Benar Rasanya….

  1. aku pun rindu kat yaya gak… Nurin skrg stay dgn aku untuk seminggu… :)) untuk melepas rindu…. :I

Comments are closed.