Lagenda Budak Setan Yang Tak Berapa Nak Setan. Kot..

saspek A : ko dah tengok citer lagenda budak setan ek?
aku : udah
saspek A : best ek?
aku : ok ok la. so so. best sangat tidak. tak best pun tidak. so so la pendek katanya
saspek A : ek? ko tulis kat blog tu kata best
aku : eh.. ada ke aku tulis kata best? (sambil mengkaji entry di blog sendiri)
saspek : ko kata sedih dan best
aku : yer aku kata sedih. yer aku kata best. tapi tu merujuk pada soundtracknya dowww
saspek A : ek?

kannnnn….
ok sekarang moh ko baca aku tulis lagi sekali.
adakah ia best atau adakah ia tak berapa best atau mungkinkah tak best langsung?
ketatkan tali pinggang keledar anda. kita sedia berlepas…..

rasanya ramai je pun tau yang filem nie adaptasi dari novel lagenda budak setan.
ermm.. bila eh.. aku tak sure la.. tapi rasa-rasa dalam tahun 1994-1995 dulu kot.
aku pernah baca tapi of coz la dah tak ingat jalan cerita betul-betul macam mana.
novel nie ada kat rumah taiping sana. elok tertonggok dalam bilik adil.
nanti balik taiping boleh la zasss sekalian aku baca lagi sekalik.

ok berbalik pada filemnya.
hari jumaat lepas gigih la aku dengan encik z balik office terus ke mbo galaxy di ampang sana. beli tiket pukul 10.15 malam.
lepas beli tiket, balik jasmine lu sesiap segala baru keluar balik pukul 9malam.
pastu makan kat kedai sebelah panggung.

sebelum melangkah masuk dalam wayang, aku memang dah letak harapan yang tinggi untuk filem nie.
kira harap-harap dapat la nangis secara haibattnya.
tapi…. ermmm… aku nangis jugak laa tapi tu pun sebab tengok que haidar nangis masa watak si ayu tu meninggal dan scene di perkuburan sana.

eh sebelum tu, ko baca dulu sinopsis lagenda budak setan nie.
senang sikit aku nak bercerita lepas tu.
nak sinopsis lagenda budak setan? sila google yer.
mak adalah kemalasan mau copy paste di sini.

ok aku tau adalah tidak adil untuk membandingkan antara novel dengan filem bukan. tapi kalau dah terang terang kat poster tulis adaptasi dr novel kan.
so kena la buat tak 100% pun, at least 90% macam dlm novel.
ye dok?

aku rasa la kan kalau orang yg tak baca novel nie pasti agak mamai-mamai nonton filem ini.
baca : encik z.
dia cam blur blur kenapa gini, kenapa gitu. sebab dia tak pernah baca novel lagenda budak setan nie. kesian ko encik z.
satu kerja mak nak kena explain kan.

YANG JELIK

satu novel ko nak sumbat dalam filem yang tak sampai 2 jam tu.
pasti la tak menepati citarasa uolls.
tapi bab-bab penting jangan la dipandang enteng. wah enteng peginya.
nyah, ingat tak perkataan enteng nie? hehe…

ayat ayat cinta pun adaptasi novel jugak maa..
tapi tatapp aku nangis dengan haibatnya. dan jatuh hati pada fahri itteww.
aku rasa patutnya lagenda budak setan nie ko up la ke 3 jam.
lama pun takpe asalkan berkualiti. penonton mesti tak bosan punya lah.
sebab macam rushing sangat la aku rasa filem nie.

kamera shot (maafkan aku jika terma ke laut) semua dekat-dekat. muka jadi sebesar rumah oh. kelihatan segala blackhead, bekas jerawat, bekas parut.
tapi itu tidak mengganggu aku sangat.
sebab farid kamil dan lisa surihani tatappp hensem & lawa dengan kelas mereka yang tersendiri. eh ni tak jelek la kan..

apa yg membuatkan kasyah tetiba suka kat ayu ntah..
sebab rasa bersalah ayu tercekik cicak yang diletak dalam coke kah?
cuba kalau yang tercekik tu adalah seorang hitam dan gemuk.
adakah kasyah akan bersimpati jugak? jawab kasyah jangan tak jawab.

bukannya apa lah, sebab kasyah jatuh cinta dengan ayu tu cam tetiba sangat.
cam cepat sangat aku rasa.
pastu ayu pun cam ‘easy’ la pulak. cam cepatan je suka balik kat kasyah.
gatal kan ko ayu?  sebab kasyah tu kacak kan? cer muka macam mr bean. ada ko nak?
kalau ikut novel, bukan kat zaman kolej. tapi zaman sekolah menengah.
diorang berkenalan waktu ayu mintak derma kat kasyah.

pastu kasyah orang susah. family nya duduk flat.
ayu plak orang kampung. cam naif-naif gitu.
so dalam filem ni totally lain la. kasyah anak yatim piatu.
manakala ayu adalah orang berada. gitu.

pastu scene yang kelakar lepas ayu gaduh dengan azmi.
yang lepas azmi bakar majalah yang ada muka kasyah tu.
kelakar okk muka ayu.
kita ni kadang-kadang bila marah kita mana ada buat muka pun.
dengan bibir terherot herot bagai.
patutnya ko main kan lirikan mata dan ekspressi wajah jer.
tak payah la nak kerut-kerut muka. kelakar ok. kelakar.

pastu scene yang muka ayu dah berbalut tu.
sebab eksiden muka dia kan hancur. aiyoooo kelakar laaa…
scenet tu seharusnya scene sedih. kita simpati sebab ayu dah cacat.
tapi ramai orang pun gelak sebab tengok kecomelan wajah ayu yang dah macam hantu bungkus. kesian. ek eh.. dah 3 kali aku ulang perkataan ‘pastuh’ kann..

adoii kalau ikutkan banyak lagi nie aku nak kritik walaupun aku bukan pengkritik filem. ah tak kira. sambung lagi.

ayu kata dah terlanjur. kasyah nampak cam relax jer. heh. walhal ayu propa.
mana ada terlanjur pun. saja ayu cakap gitu sebab nak suh kasyah gi buat kajian kat kampung mana ntah. at least buat la muka kasyah kecewa ke, menghilang kejap ke. pastu datang balik. ni nampak cam seolah-olah dia kata ‘takpe.. i pun dah tak teruna’ heh.

ex bf kate tiba2 pukul kasyah. confuse mak!!!
at least ko tunjuk la scene mengintai dulu ke.
flashback hubungan kate dengan ex bf dia ke..
ni cam ek eh… tetiba kasyah kena pukul. why why why???
*lempang diri sendiri

nie yang paling best. bersalin vakum husband takleh tunggu meh?
masa ayu nak bersalin, doktor suruh kasyah keluar.
tetiba mak pelik. ke memang sekarang husband dah tak boleh tunggu?
al maklumlah.. mak bersalin dah 6 tahun lepas uolls.

pastu kasyah masuk hutan buat kajian kan.
bawak kamera dslr. abih bateri camne lah nak cas?
sebab katanya takde elektrik bagai. pakai generator kot.
baik sangka, baik sangka. walaupunn…

last but not least untuk yang jelik, kan ayu hilang ingatan.
eh memula ayu eksiden, pastu muka buruk.
buat pembedahan plastik, tukar muka, tukar identiti jadi emilia.
pastu kepala hantuk kat pasu, si azmi tolak.
kemudian hilang ingatan.
hilang ingatan uolls. bukannya jadi bodoh.
kenapa ko perlu berlakon jadi bodoh?????? adoiyaiiiiiiiii…

tapi aku rasa sejelik-jelik filem nie, masih ada yang cantiknya.
gambar-gambar ayu yang disnap semua pun cantik-cantik.
diakui lisa surihani memang cantik!!

soundtrack filem nie pun meletup.
walaupun didengar sebanyak lapanploh kali, tatapp menusuk di jiwa sukma.
paling terkesan masa kasyah atas sampan nak pergi kampung ulu tu.
cam wahh sedihnyaaa….

scene atas bukit adalah scene yang paling lawa.
alah yang ada pokok cantik tu. beberapa kali jugak scene kat sini.
masa ayu bercinta dengan kasyah. masa emilia berbual dengan suzana.

no komplen pada lakonan fazura & que haidar.
macam fazura nie lah kita boleh panggil gorjes!!  bukannya sesenang je nak panggil orang gorjes oiii…
que haidar pelakon terbaik dalam ini filem.
farid kamil tatapp cool dan berkarisma dan tatapp menjadi lelaki pujaan ku.

gangguan emosi aku pulak kan….
ada lahanat mana ntah bukak kasut lalu sekeliling haku berbau bangkai.
akai ada ka???
cilanat mana ntah emosi berlebihan masa azmi pukul ayu. sampai ber’babi babi’ bagai. oiii ini filem je la. emosi lebih apa kes???
mangkuk mana ntah lebih 10 kali jawab telefon. cakap pulak bergegak gempita.
kenapa kau???

kepada penerbit filem lagenda budak setan, sila jangan saman saya di atas semua statement saya di atas. ini cuma pandangan peribadi saya sahaja.

dan korang pun, jangan terpedaya dengan apa yang aku tulis nie.
pi la nonton sendiri. mana lah tau pendapat kita berbeda… kannn…

8 thoughts on “Lagenda Budak Setan Yang Tak Berapa Nak Setan. Kot..

  1. banyaknye ko komen yang jelik kak.. nampak sangat tak best citer nie..
    saya agak2 kan, scene citer nie banyak kena potong kot dengan apa kenamanya tuuu haaaaaa… finas.. dorang kan suka potong2 citer jadikkan 2 jam..

    mungkin la kan..

    +ve +ve, hahaha…

  2. ramai yg kata x best…
    jadi 2 juta dlm masa 5 hari maybe sbb org yg baca novel dulu nk tgk cmne dlm filem lak

    ermmm….sy tunggu dvd je la 🙂

    • betul tu emy. akak pun rasa ramai nonton sbb baca novel LBS tu dulu.

      ah tp mmg tak best ahh

Comments are closed.