Kaklong Ku Sayang…

apakah banyak-banyak dokumen ini..
ini bukan aku punya. apa tah lagi ahmad albab yang punya.
ini kaklong saya yang punya…

nie semua dokumen-dokumen hutang beliau.
non performing loan. yang udah bertahun-tahun u.
kaklong nak setel segala hutang piutang yang ado, so dia mintak tolong la aku buatkan surat rayuan segala.
sebab ada setengah bank cam berlagak okk..
katakan kita hutang RM2000.
tapi sebab tak disetelkan berapa tahun lamanya, terus up sampai RM15,000 gitu.
kita nak setel RM5000, nan hadooo dilayan.
haaa tu sebab la nak kena buat surat segala.

sebagai adik yang baik lagi comel, aku pun compile la segala surat menyurat yang ada dalam envelope yang kaklong bagi.
tup tup dalam envelope tu ada elok terletak 3 sachets natural clenx tea nie. wah… nie kira upah ke apa kaklong?
ke main sindir secara halus….
mementanglah aku dah menggemuk kan..

tapi okk la.. walaupun tak setappp tapi selepas diminum badan merasa ringan dan bertenaga. meng nyah kan toksik toksik dalam badan..

pastu dalam envelope tu ada jugak buku bank kaklong.
terpaksa la aku kepochi nak tengok jugak.
kepochi adik beradik takpe kot. he he he…

nak terbeliak jugak la mata nengok balance duit kaklong dalam tu.
patutlah sibuk renovate bilik segala, bagi adil pinjam lagi.
nak setel hutang-hutang.
rupa-rupanya ada rezeki terpijak u…. best best…

tapi……. takkan kat kakngah bagi natural clenx tea je kot?
busuk busuk belikan la tudung tie rack kat klia sana ke….
bisa… ?