Kaki Lipas Dalam Kailan

masih peristiwa di hari kelmarin.
lepas office aku paksa rela encik z gi cari kasut.
ingat lagi tak entry yang aku nak beli kasut sarung polo kat sogo tu.
tapi boleh pulak takde saiz. tensi tensi.

so selepas membuat kajian di www.polohaus.com, ada beberapa spot tertera yang boleh ku cari di mana dia kasut sarung pink saya.

memula ke sunway pyramid. parking adalah memenuh.
tapi memang harus la kot eh. sunway pyramid tu aku kira macam-macam ada.
bapakk besar dan ko sebut je la nak beli apa, boleh kata 90% perfecto.
baju ke, kasut ke, makan ke, hiburan ke.

tanpa berlengah terus ke show roomnya.

boleh sebesar besarnya show room tu, kasut aku nak tu tarak jugak?
eh kasut tu ada, tapi saiz 38 yang aku cari takdak.
bagaimanalah? oh… frust tau…

encik z pujuk-pujuk moh ke subang parade piula.
sebab kat sana pun ada show room jugak.
sebab sunway pyramid ke subang parade pun dekat jugak kan…
tapi hatiku hampa lagi oh. showroom memang ada.
tapi kasutnya nan ada. bayang tapak kasut pun tak nampak tsktsktsk..

harapan aku tinggal satu je lah nie.
mau ke berjaya times square pulak.
sebab dengar kata showroom di sana adalah lebih besar dan haibattt…
semoga kasut sarung pink polo itu menjadi milikku. amin…

dari subang parade kami terus pi makan.
ingat nak makan kat subang jaya, tapi terlepas simpang sudah.
so ke pantai dalam mau makan ayam golek.

tak boleh beli separuh ekor. kena beli seekor berharga RM18.
so separuh makan, separuh lagi bungkus.
memang sedap oh ayam golek nie… sukerr….

encik z up dengan kailan ikan masin. sebab dia makan nasi kan.
takkan nak ratah ayam semata.
tapi i masih berdiet nasi u. apatah lagi di malam hari kan.
so cuit-cuit gak la sayur kailan tu.

tapi kan uolls………………..
aku terjumpa kaki lipas dalam kailan tu. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa…….
memula nampak tu aku diam je. aku kuis letak bawah pinggan.
terus meloyaaaaaaaaaaa…
harus aku tak sentuh dah kailan tu.
encik z pun tengok aku nampak pelik. lalu beliau bertanya.

harus tak sampai hati tak bagitau. so aku kata la ada kaki lipas dalam tu.
sempat encik z mengkaji rupa paras benda alah tu.
katanya bukan kaki lipas. tapi ulat daun.
hellooooooo??? apa ke he nyer ulat daun ada kaki bergerigi bagai?
kok yer pun nak sedapkan hati aku kannn…

aku nak report pada tokey kedai tu. tapi encik z melarang.
kata dia tak payah la panjang-panjangkan. ek eh…
teringat cerita kakred pasal abang sirman.
kalau jadi bebenda gini pun, selalu abang sirman suh let go.
lelaki oh…

tapi dalam loya-loya tu, ayam golek tatappp aku ratah..
nampak nauuu tembolok ko sebesar terowong kannn…

10 thoughts on “Kaki Lipas Dalam Kailan

  1. aiyoo…. caner leh terlepas organ lipas tu… bhgian kaki pulak yg tercicir….adoiyaiii…

Comments are closed.