Jualan Murah Tudung Ariani

kelmarin lunch time aku dengan kaktin gi ariani.
ala ariani tudung ekin yang femes tu la.
kami ke cawangan yang jalan TAR sana.
aterrr takkan nak pegi yang kat shah alam pulak.
mau tak masuk office dah pastuh.

ke sana sebab kaktin mau membeli tudung hitam penuh.
dan tudung putih penuh.
lagi piula katanya ada sales besar-besaran. so pergi.

ada memacam jenis tudung. ko nak yang kosong.
ko nak yang bercorak. ko nak tudung petak, tudung panjang, anak tudung.
berkerdipan, berbintang, berangan semua ada…

ini contoh tudung bercorak yang tersusun.
tapi aku tak berkenan la tudung ekin yang bercorak kayak gini.
bagi aku tudung ekin harus kosong saja.
kalau nak bercorak, pakai tudung tie rack atau arzu.
dua tu je yang aku rasa lawa cantik meletup bumbumpau.

memula aku ingatkan yang ni paling mahal sekali.
rupanya sangkaan ku meleset belaka.

ini yang paling mahal oh. RM350.
walaupun 10% offer tapi tatappp doww mahal.
RM315 mahal. kalau ko kata tak mahal taktau la haku.
mungkinkah ko stok anak tan sri atau menantu tan sri?


: : kaktin try tudung dah ala-ala tengah nak azan pulak. heh : :

aku terjebak beli tudung warna putih ini. RM30 sajorkk.
ulang alik kedai tudung ke main lagik, tapi pakainya nan hadooo jugak normaya.
eteheteheteheteh…

tapi sokayy la kan beli sesikit. esok bila dah terima hidayah yang tiada berbelah bagi, so sudah ada tudung-tudung.
sekarang aku tengah cari tempat sangkut tudung la.
yang cam hanger kekecik tu. senang eh nak menyimpan tudung.
takdela terperosok bagai. so pls… kalau ada sesiapa yang jual..
saya mau membeli.

usai pembelian, kami pun menapak ke arah sogo sana.
on the way, menyinggah beli ice blended caramel di van kopi satu.
oh setapppppppp….
bagi aku apa juga yang berunsur caramel adalah menyedap tidak terperi.
cuba lah…

kat sogo kami beli hot & roll.
eh actually kaktin yang beli. dia belanja haku.
janji lama yang belum tertunai katanya. aku zasss je lah.
katanya rezeki jangan ditolak kannn…

nie kali kedua aku makan hot & roll nie.
itu hari pun ngecek2 kaktin punya jugak.
yang hari tu aku makan rasa dia cam apam balik rangup.
ada kekacang.
tapi ini kali aku amik savoury paratha dengan black pepper beef.

oh yer hot & roll ada promotion tau.
ada rendang ayam segala. dan ada combo juga.


: : langkah-langkah memasak : :

savoury paratha black pepper beef ni sedappp terampunnnn…
makan sekali rasa nak berkali-kali oh.

sekian kisah membeli tudung di ariani.
meminum ice blended. dan memakan hot & roll.
sebarang soalan boleh diutarakan di kotak komen.

kalau aku tak layan maknanya soalan ko memang terhapa.
tapi bila aku dah tak layan, tak perlu lah nak pegi mengadu domba kat kawan aku. meh datang terus kat muka aku.

ada berani?

This entry was posted in Myself, Ronda-Ronda, Rutin. Bookmark the permalink.

13 Responses to Jualan Murah Tudung Ariani

  1. suria says:

    macam sodap je hot & roll tu….slurpppppp….
    .-= suria´s last blog ..Erma yang baik hati =-.

  2. cik wanie says:

    ARIANI ada buat sales?
    ini yg nak kena g terjah kat cawangan Alor Setar nie,
    hihihihihihi…..

    :)

    comey akk pakai tudung,
    manis sajawinking
    *wink*

  3. Erin says:

    mya, hanger tudung online punya erin tau ler… kalau rajin nak beli online… ni haa blognye —-> http://blueandpink05.blogspot.com/

  4. TiNiE says:

    aku hanya mampu memandang dari kejauhan jerla yg berharga tigaratusan itu…sob sob
    .-= TiNiE´s last blog ..aktiviti TERkejut, lawatan ke TAWAKAL =-.

  5. aryani says:

    “bagi aku tudung ekin harus kosong saja.”
    setuju!!

  6. Reena says:

    Salam Mya…
    Baru berjumpa blog nie…
    Tudung Arian buat sale….?
    Mmmm…. nak kena fikir-fikirkan nie….?
    Hehehehe…
    Anyway… nice blog…
    PssT: Bila Ariani nak buat 90% sale? :)

  7. galeri niaga says:

    nice blog for tudung..

Comments are closed.