i-City Shah Alam

dari midvalley aku ajak encik z ke i-city shah alam.
haruss la aku taktau memula i-city ni hapa.
tapi setelah melihat status di facebook juhaida, terus cam eh nak pegi, nak pegi..

senang jer pun. dari federal highway, ko follow je signboard ke i-city sana.
kalau terus, ko terus lah. kalau belok kiri, ko belok kiri lah.
betul ko ikut arahan yang diberi, sampailah ko di tempat kejadian.
i-city nie kedudukannya dekat uitm shah alam sana.
pendek katanya, senang baitu lah nak cari.

sebelum nak belok ke kiri dah nak sampai kan, kereta punyalah melaut.
panjang oh q nya. aku pun dah cam 50-50 gitu.
tapi knowing encik z yang senantiasa berusaha itu, gigih dia memandu dan dapat parking pun di kawasan strategik.
korang jangan risau nak park tepi-tepi jalan, sebab parking disediakan yer.
tapi kalau ko nak park tepi jalan pun bisa, nggak ada pak polisi saman.

gambar adalah banyak sebab encik z suruh posing tang situ, posing tang sini.
tak layan kang, durhaka pulak..
wahh bab bergambar tau pulak ko durhaka bagai kan normaya.
bila tang lain tu, durhaka pun ko buat-buat tak nampak. ceh..

so korang layan je la gambar yang ado nie.
nanti aku selit-selit la cerita di mana bersesuaian. gitu.


: : kat parking : :


: : berapa juta la bil letrik sebulan ek? : :

ada 4 keping gambar di pokok yang sama.
actually ada berkeping-keping lagi. tapi letak 4 cukup.
gambar kat lampu lip lap warna putih. cantikkk jadi aku suker.

yang sebelum cardigan aku berlipat tu, gambar masa baru sampai.
yang dah lepas berlipat tu waktu dah nak pulang.
panass oiii malam tu. berpeluh-peluh celah kangkang ketiak segala.

ok aku tau dress yang aku pakai tu dah outdated.
dah takde orang pakai kayak-kayak gitu kann..
lantakk… apa aku kisah? lagi pun dress tu dibeli dari duit hadiah harijadi oleh retna. hadiah pemberian orang, mestilah kita menghargainya 🙂


: : merah menyala!! cantik kannn : :

eh aku tak bagitau lagi i-city ni tempat apa ek..
i-city ni tempat yang penuh dengan lampu-lampu luar biasa.
ada macam-macam jenis. ada pelbagai warna.
aku yang tua bangka ni pun terkagum-kagum.
apatah lagi kalau ko bawak budak-budak, pasti la lagi ternganga-nganga.


: : bersama deer : :

kat tempat rusa nie kan, diorang just cucuk kayu kata no entry.
agak terhapa la. kalau ko bebetul tak kasik orang masuk, ko letak je pagar.
kang senang. buat gini memang la orang nak masuk. nak bergambar.
pastu bila orang masuk je, di prettt peretttt peeeretttt oleh security.
malu tau.


: : see, manusia meramai di belakang : :


: : pokok buluh hijooo.. cantik oh : :

2 gambar dengan encik z ni snap masa memula sampai.
kesian takde orang nak snap kan. so letak atas tong sampah sajorkk.
nangissss…
hasil gambar adalah menggelap.. sekian.

cam aku sorang je yo yo o dalam gambar nie kan.
siap jengket kaki nak buat aksi kiss kiss tu.
berangan sensorang kan ko normaya di sana.
walhal laki ko buat muka kering. pasrahh…


: : bersama flamingo berkaki pink : :


: : disebalik bulan dan bintang : :

last but not least, gambar nie la yang paling berangan sekali.
berangan nak jadi butterfly u! kuang kuang kuangg…
walaupun aksi ko dah macam burung gagak kannn….

butang cardigan aku tu asyik la terbukak bukak.
adakah bermakna (.)(.) aku membesar dengan jayanya?

16 thoughts on “i-City Shah Alam

  1. penah lalu situ…mmg cantik…ada gak ajak En Hubby pi situ tangkap gambau ;-)…tapi tatau la bila nak peginya.

Comments are closed.