Hanger Tudung Bergelung

ingat tak hari tu aku ada kata nak cari hanger tudung bergelung?
alaa kat entry yang aku beli tudung ariani tu..
haa…. hari tu kaktin kata dia nak beli online.
so sekalian aku numpang lah sekalik.
beli satu RM28. beli 2 dapat RM25. so beli.
dapat warna pink kuning lagi. sukerr sukerr…

lepas dapat tu, bawak naik office. aku menciwi la dengan budak-budak office.
walaupun ada yang bermulut laser kata ‘eh ko ada tudung ke pun nak sangkut’
ada aku kisah? yang penting aku ada 3 helai tudung awning ariani tu.
so leh kasik sangkut.

dalam melaser-laser tu, ramai pulak yang nak nak nakk kan.
so aku kira-kira sekalian aku up la order jugak melalui kaktini.
tetiba hanger tudung bergelung ni jadi buruan kan. cena..

bawak balik rumah, terus tak sabar sangkut-sangkut tudung.
tapi yang plain kosong tu jer aku punya.
yang corak-corak tu mama punya. saja aku sangkut kasik pose pose kat sini.
memang praktikal kan penyangkut nie.
takde la semua tudung awning ni ko sumbat merata-rata.

kepada kawan-kawan seoffice, saya masih ada beberapa ketul lagi hanger tudung bergelung nie. kot la sesiapa berminat nak kan..
boleh email or sametime saya yer.
tapi kalau email or sametime nak gaduh-gaduh, me booolayan.
wah dalam nak meniaga tu, sempat lagi eksyen-eksyen kan.. heee…

oh by the way, i tolak balik nie harga sebenar yer.
no mark up, mark up.
sebab i memang takde jiwa peniaga.
lagi piula orang kata kalau bebetul nak berniaga, kena la berniaga bebetul.
jangan asyik nak mark up, ujung-ujung tertangkap.
setelah tertangkap, lalu tersentap tak ke kemudian tertiarap.
siapa nak jawab? cewahhh sempat lagi aku ke ke laut dan sungai kann…

ok ini seriyus. siapa nak boleh contact saya yer. RM25 saja.
sekian terima kasih.

13 thoughts on “Hanger Tudung Bergelung

  1. salam kak..1st time komen ni..selame ni silent reader je..;)xpenah plak jumpe hanger ni..nak beli kat akak bole?hope to hear from u soon..tq..

    • nak beli kat akak bole to bole, tapi akak kemalasan tahap unta fadang fasir mau pos.
      unless awk nak jumpa akak di mana2 lah untuk collect. huhu..

      ataupun awk email akak myasefia@yahoo.com
      kita bincang tengok camna

  2. kak oo kak..
    kak ada lagi menatang lubang2 gantung tudung berawning ni kak?
    kalau dah takde kat tgnn akk..tlg bagi website yg i leh order kak.
    masyeh kak..muah2

  3. hai,

    kalau sya order hanger tudung boleh ke bagi saya harga borong RM 7.00.kalau ok i nak order 150 pcs.

Comments are closed.