Doli & Cashier

caca marba entry aku kan. kejap ke sana, kejap ke sini.
takpe lah kot eh. janji ada gak entry dari terdiam kaku membisu.

nie cerita masa kat taiping hari tu.
sekalian terjadi sama macam entry yayaku sayang.

encik z ajak gi makan kueyteow doli.
sementelaah dia pun tak penah gi sini, so kasik pegi la.

waktu perniagaan 12 tengah hari – 11 malam.
dibuka setiap hari kecuali jumaat.

yang special kat sini haruslah kueyteow yer anak-anak.
aterrrr nama pun doli kueyteow.
ada 2 jenis kueyteow. satu kueyteow goreng biasa dan satu lagi kueyteow goreng special. yang special tu portion adalah besar ya.

selain dari kehebatan kueyteow goreng, pun ada beberapa hidangan lain.
ye la, mana tau ada yang tak makan kueyteow goreng goreng nie kan.
kira ada la pilihan lain gitu.

ada mee kari, kueyteow sup, sup ayam.

ada juga mee rebus dan nasi ayam.
mee rebus aku penah rasa. nasi ayam pun penah.
dan dedua pun adalah setapp.

betullah orang kata. sekeping gambar boleh mentafsir 1001 macam makna kan.
gambar nie nampak macam yaya kena marah dengan aku yer dok.
walhalnya tidak sama sekali.

walaupun aku ni menggarang, tapi idok ler depan rezeki pun nak menaga.
lagi satu, aku kena garang sikit dengan yaya sebab namo la bermanja berlebih-lebih sampai dia pijak kepala.
setiap dari kita ada cara sendiri untuk didik anak-anak. begitu juga aku.
so far so good la.


: : kami dua beranak : :

tak lama sangat tunggu pun, hidangan sampai.
limau ais & jus epal for them.

dan 2 kueyteow goreng. pun for them.
aku tak makan sebab ntah. tak terasa nak makan.
perut pun masih mengenyang. sudu sikit-sikit je kat pinggang yaya.

dah kenyang makan kueyteow, kami pi cari dessert plak.
sebab kat doli nie takde hidangan pencuci mulut yer.
so kalau ko nak cuci mulut, sila cari di luar sana.

kami ke cashier. macam aku penah tulis before nie.
i have no idea kenapa kah namanya cashier.
warga-warga taiping harus tau cashier nie kat mana.
bagi orang luar plak yang datang taiping, cashier nie letaknya sebelah je dengan taxi stand.

aku harus haruslah minum lychee kang bertelur nie.
ingat lagi kaklong kata, apa kes air minuman letak telur puyuh.
heeee lantak ah. aku suker jer… setappp….
siap up 2 mangkuk share-share dengan yaya.

encik z cam biasalah. benda pepelik nie mana dia nak makan.
so dia amik ABC sajorkk…

ni pun terasa rasa kat tekak lychee kang bertelur tu.
lambat lagi kot balik taiping. iskk…

10 thoughts on “Doli & Cashier

  1. k.mya..
    saya pernah jumpa air susu + telur puyuh yang dah blend..
    mcm ngeri je nak minum..
    apapoon.. abc tu nampak sedap…

  2. kami kecik-kecik dulu… minum “aih kacang” nih semangkuk tiga kupang saja….

Comments are closed.