Berbasikal Di Pulau Ketam

masih ingatkah anda dengan kisah pulau ketam?
ememmeme… kalau tak ingat, boleh search kat category.
carik pulau ketam.
so episod bersambung lagi….

udah lepas anak-anak muda bertiga itu bangun dari beradu, kami terus zasss ke kaunter hotel nun.
mau menyewa basikal untuk dikayuh dikeliling pulau ketam.

sila ambil perhatian kat pulau ketam ni nan hadoo sebarang kenderaan berenjin yer. tiada kereta, motor, bas apa tah lagi lori.
basikal adalah pengangkutan utama di pulau ketam ini.
pengangkutan tak utama ialah jalan kaki lorrr…

sewa basikal cuma RM5 sebasikal.
bukan penduduk hotel boleh guna hingga pukul 5 petang sahaja.
tapi bagi kami penduduk hotel nie, boleh mengayuh basikal hingga lewat ke jam 9 malam.
berani ke kau nak kayuh basikal malam-malam.
sesilap terjun laut terus.
so kami sudah berjanji sumpah setia.. jam 6 petang basikal harus dipulangkan kepada tuannya.


: : pelumba basikal amatur : :

dah lama oh aku tak kayuh basikal.
lama yang bebetul stok lama nih.
tapi berbekalkan pengetahuan diri yang pernah menyerap di dalam dada, aku berjaya jugak kayuh dengan 2 roda.

kami dibekalkan peta sekitar tempat menarik untuk dilawati di pulau ketam. walaupun besar pulau ketam nie adalah lebih kecil dari wangsa maju, tapi peta tetap diperlukan.

dah ghupe treasure hunt pun yer.
aku adalah confuse membaca peta.

lalu peta diserahkan pada encik z.
malangnya encik z juga gagal membaca peta ini dengan baik.
akhirnya tugas membaca peta ditanggungjawab kan pada nikolas.
memang pantas tugas itu untuk beliau.
bergeraklah kami dengan basikal 2 roda itu meredah ke sana ke mari.

kena mengayuh dengan berhati-hati sebab kalau ko perhatikan, kiri kanan tu takde divider yer.
kalau laju kau kayuh, sesilap terus terjun tiruk masuk laut..
kayuh la basikal kau dalam laut sana.
takde sapa nak nolong yer.
so safety first…

kemain over mamat 2 orang tu.
jauh diorang ninggalin aku. sib baik encik z setia membontoti aku dari belakang. risau katanya kang aku terpeleot ke hapa ke…

sekejap je kitorang follow peta tu.
pastu kitorang campak dan ikut kepala sendiri mengayuh.
siapa ntah paling depan… payiet kot..

last-last menceroboh sekolah uolls.
ada tempat tak boleh lalu, sebab bertangga tangga.
siap kitorang angkat basikal tu kayak samseng kampung dusun.

: : memula cam nak terpeleot : :


: : pastu pose pose : :

kemudian masuk plak kat court bola tampar nie.
tolak pagar sesuka hati.

pastu empat-empat ketul pusing keliling court.
berangann jadi gangster LOL

dari sekolah tu, kami cycle lagi keliling pulau ketam itu.
mana-mana ceruk semua kami redah.
sampai la ke jeti.
kat sini kitorang lepak kejap amik napas dan mintak nyawa.
walaupun cuma kayuh basikal, tapi kepenatan tidak terperi oh.

dera encik z untuk bawak aku pusing-pusing.
walaupun balik balik pusing tang situ jer.

abaikan kami berdua yang poyo.
perhatikan mungkin lebih biru langitmu di sempadan sebelah situ
mungkin cuma hanya sekadar kalut ribut di cangkir cuma.
tetiba feel feel mawi kann…

lawa kan langit tuuu… biru indah jerrr…

ada sambungan lagi entry berbasikal nie. so korang tunggu eh..
eh suka la aku nak buat ber part part pun.
apa ko kisah?

6 thoughts on “Berbasikal Di Pulau Ketam

  1. panas uolls kayuh pepetang hari, upama bekerja di bendang. Aku oun hampir hampir mintak roda tambahan gara gara dah lama tak naik beskal, mencuak org lalu lalang. Kaver handal pon yer gak muhahaha

  2. ada potensi entry pulau ketam ni berlarutan hingga sebulan lamanya hihi.. nk selang2 dgn gambar2 mknan lg.. sabarlah pulau ketam. heheheheh

Comments are closed.