Tudung Berharga Seringgit

korang pernah jumpa tak tudung berharga seringgit?
kalau tak pernah, sila mengkagum seperti aku.
kalau pernah, sila abaikan kekaguman aku.

hari sabtu lepas aku gi pasar malam jalan TAR.
lama gak aku tak jejak kaki ke sini. sebab cam takde hal dan takde barang nak carik.
ni kena pergi sebab mau cari tudung yaya.
yaya request mau tudung yang pelbagai sebab dia sekarang dah masuk kelas agama belah petang.
katanya boring asyik-asyik pakai tudung yang sama.
hamboiii kemain lagi awak ek..

tengah jenjalan tu, nampak la satu kedai yang melaut maknosia di dalam.
kat depan tu dah berlonggok-longgok tudung dilonggokkkan.
so kasik masuk dalam la mau siasat apakah yang begitu istimewanya sehingga kedai ini diterjah ramai.

terus ke seksyen tudung budak-budak.
melambak-melambak tudung. tapi dia punya kualiti agak kureng.
aterrr dah dilonggok-longgok.
ko kena korek cari bebetul la yang memolek.
RM3 sehelai tudung budak kayak tudung ekin, aku sambar 5 helai terus untuk yaya.

memacam jenis tudung ada kat sini.
u name it, u have it. cewahhh…
tudung lekra korea, lekra batu, lekra silk, lekra ori, lekra adamaya ek eh..
semua adaaaa…
tapi tu la aku kata, jangan la ko harapkan kualiti tinggi melangit yo.
kiranya pada sesiapa yang bercadang nak bertudung tu, aku rasa tudung-tudung kat kedai nie boleh jadik good start la..

yang hazabbnya cuma ada sorang je cashier.
so kena q buat pusingan. bapak la haiii panjangnya.
dan lagi cashier nya adalah menggarang.
semua bakul tudung main campak-campak sajork.
dan adalah lebih afdal ko sediakan duit kecik.
kalau takat ko beli tudung harga RM3, ko bagi RM50 memang dia mendengus sambil hentak-hentak tempat duit tu. heh.

haaa inilah dia tudung yang berharga seringgit tu.
seringgit uolls….
haa amacam, bersedia nak pakai tudung balik tak?
tapi kalau dah pakai, pakailah bebetul.. jangan la kejap pakai kejap campak.
wahh pepandai je nak nasihatkan orang kan normaya.
walhal ko sendiri bertogel. heh.

ni alamat kedai tudung seringgit tuh.
muaz textile tingkat g, globe silk store, jalan tuanku abdul rahman.
selamat menyopping!

20 thoughts on “Tudung Berharga Seringgit

    • yer yer cashier yang berjanggut itu..
      taknak kerja cashier cari la keje lain. dah mmg tugas ko cashier kan, buat lah peel cashier.
      jgn la berangan jadi PA plak. ek eh

  1. penah dah gi sini memang murahhhhhhhhhh…

    tapi kan…bile masuk, dan2 jadik macam x reti nk beli ape…muahaha..ater, udah byk sgt pilihannye..pastu kuar tangan kosong…kihkihkihkih….kompius punye pasal..;p
    .-= alamfanacinta´s last blog ..Hersheys Kisses From Afra~ =-.

  2. akk,
    biar betik harga tudung2 kat situ,
    nasib baik lah den nie dok jauh,
    kalau idok,
    maunyer terjah ke sana…

    murah giler,
    nie pun gila,
    tapi mmg gila ar…..

    huk huk huk
    .-= cik wanie´s last blog ..-Selamat Malam- =-.

Comments are closed.