Selamat Pengantin Baru Abi & Ila

hari sabtu gi wedding abi & ila di batu caves sana.
bila lalu tempat nie kan, rasa cam ek eh macam penah ku sampai ke sini.
yer yer aku penah sampai di sini bersama my BFF.
satu malam yang penuh duka dan lara. hu hu…

agak berpusing-pusing jugak mencari rumah pengantin.
dan agak terlambat jugak sampai walhal aku dah berazam nak nengok dorang bersanding. isk…

sampai-sampai nampak pengantin tengah bersantap.
so lambai-lambai dulu dari kejauhan. pastu terus ngamik nasi.
nasi aku amik suku jer. tapi apa yang bestnya ialah ada daging yang lemak-lemak banyakkkk… owh sukerrrr…
terus tak ingat diet apa, makan lemak tu bebanyak. he he..

lepas makan, nengok pengantin pun dah usai bersantap.
so gi jumpa salam-salam wish congrate segala.

selamat pengantin baru abi & ila!
semoga kekal hingga ke syurga… 🙂

10 thoughts on “Selamat Pengantin Baru Abi & Ila

    • aku plak amat amat terkejut… huhu takpe babe tu semua pengalaman yang tak semua orang dpt lalui.
      aku tau ko tabah k..

Comments are closed.